Ustaz Ebit umum harga tak masuk akal di pasar raya, ramai mula bimbang timbul ‘isu’ lain - “Yang terlebih mampu jangan ambil kesempatan pula ye”

Ramai netizen meluahkan rasa teruja dan terkejut dengan harga promosi ditawarkan sempena pembukaan pasar raya Elewsmart pada Sabtu depan.

"SERIUSLAH harga murah begini. Ya Allah tapi untung ke?"

Itu antara komen netizen yang terkejut dengan harga murah ditawarkan sempena pembukaan pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew pada hujung minggu ini.

Menerusi posting terbaharu Ebit, beliau turut mengumumkan tarikh pembukaan 10 cawangan pasar raya miliknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setakat bawa Vellfire dia sangatlah mampu” – Hairan kenapa ramai pertikai kekayaan Ustaz Ebit, wanita buat ‘list’ sumber pendapatannya

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 tahun berteduh di kandang lembu, hati sayu Ustaz Ebit ubah hidup keluarga ini - “Anak sulung 12 tahun tolong jaga kedai orang, dapat upah RM10 sehari”

Malah pada masa sama beliau juga memohon doa orang ramai agar urusan pembukaan rasmi pasar raya Elewsmart dipermudahkan.

"Pohon doakan yer Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan.



10 cawangan pasar raya milik Ebit akan dibuka secara berperingkat bermula Sabtu depan.

"Bandar Baru Bangi dibuka Sabtu depan, 18 Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. Lapan cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut," katanya.

Dalam posting tersebut, Ebit dilihat memegang risalah harga barang yang ditawarkan sempena hari pembukaan pasar raya tersebut tidak lama lagi.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah harga tidak masuk akal yang ditawarkan pasar raya tersebut.

Pohon doakan yer Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan.

USTAZ EBIT LEW

Pendakwah terkenal

Berdasarkan risalah tersebut, pengguna boleh membeli kicap kegemaran ramai pada harga 90 sen manakala susu pekat manis dan mi segera masing-masing pada harga kurang RM1.

Berita gembira itu turut mendapat perhatian pengacara wanita terkenal, Neelofa yang memuji usaha murni Ebit di Twitter.

"MasyaAllah, murah betul. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan," tulisnya.



Berita gembira itu turut dikongsi Neelofa di Twitternya.

Posting tersebut mendapat lebih 15,000 ulang kicau dan 25,800 tanda suka dalam kalangan netizen.

Ramai netizen berharap agar golongan kurang berkemampuan diberi keutamaan untuk membeli barang keperluan di pasar raya tersebut.

"Minta tolonglah yang dah ada ‘kereta’ tu jangan beli kat sini. Kalau nak beli jangan beli banyak. Ustaz buat untuk tolong orang susah dan yang benar-benar daif," kata Jack.

"Harap sangat golongan yang sepatutnya berpeluang membeli barang kat kedai ni. Yang terlebih mampu janganlah ambil kesempatan pulak ye," kata Syah.

"Harapnya letaklah limit berapa banyak je boleh beli sebab takut ada golongan yang ambil kesempatan dengan beli banyak lepas tu jual balik," kata Khairul.



Ebit membuka pasar raya itu untuk membantu golongan yang memerlukan.

Ebit sebelum ini memaklumkan pembukaan pasar raya itu bukan sahaja menawarkan harga murah tetapi turut menjadi medium penyampaian makanan kepada golongan memerlukan serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Selain Bangi dan Kajang, lapan lokasi pasar raya tersebut akan dibuka di Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain