suria

“Setakat bawa Vellfire dia sangatlah mampu” – Hairan kenapa ramai pertikai kekayaan Ustaz Ebit, wanita buat ‘list’ sumber pendapatannya

Segelintir pihak kurang senang dengan usaha Ustaz Ebit Lew aktif turun padang membantu golongan kurang berkemampuan, sehingga beliau dipanggil memberi keterangan kepada polis baru-baru ini.

KETIKA ini nama Ustaz Ebit Lew tiba-tiba sahaja menjadi sebutan ramai, malah menjadi topik paling trending di Twitter sejak beberapa hari lalu.

Ia gara-gara ‘kekecohan’ yang ditimbulkan segelintir pihak yang berasa kurang dengan aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh pendakwah terkenal itu sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak bulan lalu, pendakwah tersebut aktif turun padang menyalurkan bantuan bukan sahaja kepada frontliners yang bertungkus lumus berjuang melawan wabak Covid-19, malah beliau juga membantu golongan yang kurang berkemampuan yang terjejas akibat langkah yang dilaksanakan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit menangis lagi! Kali ini kerana bantu keluarga daif ‘jauh dalam kebun getah’ - “Sehari mereka di sini dosa buat saya yang tidur lena”

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew boleh terus turun padang ketika PKP... dipanggil ke Bukit Aman kerana ramai tidak puas hati, anggap menunjuk-nunjuk

Disebabkan itu, ada yang mempersoalkan sumber wang yang digunakan oleh beliau untuk menyalurkan bantuan, selain mempertikaikan tindakan pendakwah itu memaparkan aktivitinya di media sosial.

Terpanggil untuk merungkai tanda tanya yang bermain di fikiran sesetengah pihak, seorang pelayar Facebook tampil membuat perkongsian mengenai penceramah tersebut.

Hanya membahasakan diri sebagai Kak Lis, wanita itu berkata sumber kekayaan Ebit adalah diperoleh menerusi pelbagai sumber termasuk perniagaan restoran yang mempunyai tiga cawangan sehingga ini.



Perkongsian seorang pelayar di Facebook mengenai sumber pendapatan Ustaz Ebit Lew.

“Benda pertama orang nampak dia kaya sebab dia bawa Vellfire kan? Bukan sebab dia tayang beli handbag ribu, melancong sana sini kat luar negara. Masa PKP ni baru orang nampak betapa banyaknya duit dia sebab dia buat sumbangan bertan-tan lori pada orang tak kira kaum dan agama.

“Sumbangan tu datang dari NGO ustaz iaitu Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Kita juga tak tahu banyak mana duit sendiri yang Ustaz Ebit guna. Ustaz Ebit selalu ulang. Mungkin sekali ini je peluang dia ada untuk dia buat baik tolong orang sebanyak-banyaknya. Ustaz Ebit nampak Covid19 adalah ladang dia untuk buat pahala.

“Macam mana dia kaya? Ustaz Ebit ni dia berniaga. Dia ada Restoran Paramount Coffee House (3 buah restoran), butik baju Elew Design (1 kedai), menulis sembilan buah buku. Banyak buku Ustaz ni bestseller dah bertahun-tahun kat kedai buku. Boleh bayang duit masuk non stop?



Ustaz Ebit Lew menerima kecaman daripada segelintir pihak yang tidak senang melihat usahanya membantu golongan kurang berkemampuan.

“Dia ada syarikat motivasi Transform Jiwa sendiri. Program yang paling terkenal ialah Keluarga Sunnah. Beribu-ribu dah orang join. Program ni dah selamatkan banyak keluarga," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Selain itu menurut wanita tersebut, Ebit juga memperoleh pendapatan menerusi pelbagai video dakwah dan aktivitinya di saluran Youtube.

“Fikir logik. Kalau dah macam ni memangla Ustaz Ebit kaya. Setakat bawak Vellfire memang dia sangatlah mampu nak banding dengan berapa pendapatan ustaz.

“Jika ada yang tak puas hati dengan Ustaz, sebaiknya tanyalah ustaz sendiri. Daripada tulis status nampaklah tak elok bila ditulis orang yang berpendidikan agama. Sedih.

“Ustaz Ebit dia tunjuk dengan perbuatan. Cakap pun lembut je takde bahasa kasar. Muka pun bersih je. Dengan mak ayah, isteri dan anak-anak penuh dengan kasih sayang.

“Harap posting KakLis ni dapat menjawab persoalan orang-orang yang banyak tertanya-tanya tentang kekayaan Ustaz,” tulisnya lagi.



Ustaz Ebit kerap turun padang membantu golongan kurang berkemampuan sepanjang tempoh PKP.

Sehingga kini posting yang disiarkan semula oleh laman Facebook Viral Media Johor meraih sehingga 1,500 shares dan ratusan komen netizen.

Ebit baru-baru dipanggil untuk memberikan keterangan di Bukit Aman berhubung reaksi orang ramai mengenai tindakannya yang memaparkan aktiviti kebajikan dalam tempoh PKP di laman sosial.

Bagaimanapun polis dalam satu kenyataan pada Sabtu, mengesahkan bahawa penceramah itu diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh PKP.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Ebit Lew, PKP, sumbangan, sumber, kekayaan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak