suria

Isteri mengamuk suami berahsia menyimpan di Tabung Haji, terus minta cerai... mentua meninggal pun tak ziarah - “Masa honeymoon, dia tinggalkan saya di hotel”

Seorang guru menikahi wanita berusia 27 tahun dan tidak bekerja atas pilihan keluarga. Gambar sekadar hiasan

PAHIT untuk ditelan, namun itulah realiti yang harus diterima seorang pemuda berusia 35 tahun yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Calon isteri yang diaturkan ibu bapanya merupakan seorang wanita berumur 27 tahun dan tidak bekerja, dengan hantaran ditetapkan sebanyak RM6,000.

Dia yang merupakan seorang guru memberitahu, ibunya pula disahkan menghidap kanser paru-paru, jadi dia perlu membahagikan masa menziarahi insan kesayangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tengok isterinya, polis balik buat risikan selepas syak ada ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga – “Diam-diam saya masuk rumah...”

ARTIKEL BERKAITAN: Berat nak lepas suami masuk pertandingan memancing, isteri teringin ke Paris minta isi borang permohonan dulu - “Alahai... macam buaya darat pula”

Namun setiap kali mahu pergi melawat ibu, isterinya sering mengelak dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengikutnya.

Sepanjang perkahwinan selama kira-kira dua tahun sejak 2017, dia memberikan nafkah berupa wang saku, dengan segala perbelanjaan seperti sewa rumah, bil dan keperluan lain ditanggungnya sendiri.

Isteri yang tidak bekerja malas membuat kerja-kerja rumah. Gambar sekadar hiasan/Foto SIA HONG KIAU

Entah di mana silapnya, wanita itu tidak menghormatinya sebagai suami malah sering bercakap kasar selain mendahulukan keluarga dan rakan-rakannya.

“Pernah masa honeymoon, dia tinggalkan saya di hotel dan pergi keluar bersama kawannya tanpa menghiraukan saya,” kata seorang pemuda menerusi luahannya di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga sehingga menjadi tular.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu memberitahu, jarak sekolahnya dengan rumah mereka adalah 15 kilometer.

“Kadang-kadang isteri akan minta saya pulang sebentar ke rumah, minta belikan makanan kerana dia lapar dan membuat pelbagai permintaan remeh-temeh yang lain,” katanya sambil menambah keadaan itu menganggu tumpuannya di sekolah.

Namun jelasnya, ada kalanya makanan tidak disiapkan apabila pulang ke rumah sedangkan banyak bahan mentah telah dibeli dan disimpan dalam peti sejuk.

Tambahnya, pakaian yang sudah dibasuh dalam mesin basuh juga tidak disidai dengan alasan 'penat' di rumah.

“Saya pun penat bekerja tapi terpaksa pula pulang menguruskan rumah tangga. Kami selalu bergaduh tentang hal yang tak sepatutnya dan dia selalu kata kerja rumah tangga dia ni bukan ada gaji, jaga anak pun bukan ada gaji,” katanya.

Hanya kerana membuat simpanan di Tabung Haji secara senyap-senyap, isterinya memfailkan penceraian.

Gara-gara menyimpan rahsia membuat simpanan bulanan di Tabung Haji untuk membawa isteri menunaikan haji di Tanah Suci, isterinya berang sehingga bertindak keluar rumah tanpa pengetahuannya.

“Satu hari isteri marah-marah kerana saya menyimpan RM500 sebulan dalam Tabung Haji tanpa pengetahuannya. Saya beritahu isteri bahawa itu adalah simpanan saya dari zaman bujang dan saya berhasrat membuat kejutan kepadanya suatu hari nanti.

“Hari kedua dia datang semula ke rumah kami bersama ibunya dan mengambil barang-barangnya dan pulang ke rumah ibunya,” katanya.

Bagaimanapun lelaki itu berkata keadaan itu sekali gus memberi peluang kepada dirinya untuk menjaga ibu yang sakit.

Pernah semasa bulan madu, dia tinggalkan saya di hotel dan pergi keluar bersama kawannya tanpa menghiraukan saya

GURU

Sudahlah tertekan kerana tiada anak dan isteri di sisi, tidak lama kemudian ibunya meninggal dunia.

“Saya terkilan isteri dan keluarganya tidak menziarahi keluarga kami walaupun jarak rumah kami tidak lebih 10 tiang lampu, dan ibunya dan ibu saya adalah kawan.

“Saya membuang ego dan kemarahan, saya pergi ke rumah ibunya untuk membawa mereka kembali ke rumah kami, tapi isteri memaklumkan yang dia sudah menfailkan penceraian.... luluh hati saya.

“Di hadapan hakim saya melafazkan talak. Saya kasihankan anak yang berumur lapan bulan, dia tak mengerti apa-apa lagi terpaksa melalui semua ini,” ujarnya.

Komen netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada guru berkenaan.

Tekanannya terus dirasai apabila setiap kali mahu melawat anak, dia dimarahi malah dimaki oleh bekas isteri yang bebas membawa anak tanpa pengetahuannya.

“Hati saya merintih rindukan anak, air mata saya mengalir kalau terkenangkan anak. Lima bulan berlalu begitulah, saya sentiasa cuba meluangkan masa untuk anak.

“Prestasi kerja saya menurun dan guru besar menasihati saya agar fokus. Saya berusaha menjernihkan keadaan... tapi saya kecewa dia (bekas isteri) masih tidak berubah. Saya penat mengalah dan saya kasihan anak saya,” katanya sambil memikirkan untuk memulakan kehidupan baharu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain