suria

“Bila dengar tu sumpah puas!” - Ada pelajar tak tahu common sense, bawa selimut berkampung di McD, harap suasana study macam library!

Menjadikan McD sebagai tempat belajar bukanlah suatu perkara baharu bagi sebahagian pelajar.

"TERIMA kasih kerana bersuara! Kau nak study ke nak buat assignment ke buat kerja ke pergi buat kat perpustakaan."

Demikian kata netizen yang bersetuju dengan tindakan seorang pemuda berkongsi gambar seorang lelaki sambil memegang plakad tertera perkataan 'McD tempat makan bukan tempat study' sebagai teguran sinis kepada pelajar yang sering menjadikan restoran makanan segera itu sebagai tempat belajar.

Malah pemuda tersebut, Nazrul Nizam Yatiman turut berkongsi pengalaman dilaluinya ketika berkunjung ke sebuah estoran makanan segera di Seksyen 26, Shah Alam baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayat 'kau kerja basuh pinggan je do' bikin ramai panas, remaja kena bash downgrade pekerja kedai makan - "Ni lawak adik-beradik"

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal 18 kali, belajar 11 semester baru dapat 'degree'... bakal peguam pernah nak rempuh kereta orang - "Saya bukan slow learner"

Perkongsian Nazrul Nizam di Twitternya mendapat lebih 36,000 ulang kicau dan 26, 300 tanda suka.

Pemuda berusia 27 tahun itu berkata dia terpanggil untuk berkongsi pengalamannya selepas terlihat gambar teguran sinis lelaki bersama plakad itu di Instagram malam Selasa.

“Bila saya scroll Instagram saya ternampak gambar lelaki pegang sign ‘ni McD bukan tempat study’. Nampak je gambar tu saya terus teringat pengalaman saya dulu.

Tweet Anas mendapat perhatian netizen.

“Saya terus screenshot, crop dan post dekat Twitter sebab kebetulan kena pula dengan situasi yang saya sendiri pernah lalui tempoh hari,” katanya kepada mStar.

Menurut Nazrul Nizam atau lebih mesra disapa Anas, dia memang tidak bersetuju restoran makanan segera itu dijadikan lokasi pelajar ‘berkampung’ untuk mengulang kaji pelajaran mereka selepas menyaksikan insiden mengejutkan berlaku di depan matanya.

“Waktu sedang beratur untuk membuat pesanan di McD saya terkejut apabila seorang gadis dari sekumpulan pelajar menegur dua beradik yang membuat bising di restoran terbabit.

"Dia kata 'boleh tolong senyap tak? Both of u disturbing our study... kitaorang tak fokus. Saya memang terkejut dan geram sebab cara dia sound tu memang rude.

"Then parents budak-budak tu pun terus marah anak-anak dia suruh jangan bising. Saya tiba-tiba terkedu sebab parents tu pula seolah-olah rasa serba salah dengan tindakan anak mereka," katanya.

Namun tanpa diduga, Anas berkata seorang wanita yang terdengar teguran pelajar terbabit akhirnya bersuara mempertahankan keluarga kanak-kanak itu.

Tindakan seorang wanita berani menegur sekumpulan pelajar itu menerima pujian Anas dan juga netizen.

“Kebetulan ada seorang akak ni dia tengah nak ambil sos. Tiba-tiba dia terus sound balik student tu.

Hello ni McD tau, tempat family bukan tempat study’. Normallah budak-budak bising. Nak study pergi library. Ni bukan library you nak expect sunyi sepi.

Then uncle tu cakap tak pa, tak pa sebab kami dah nak habis makan. Tapi akak tu minta family tu stay dan kata student tu yang sepatutnya pergi dari situ,” katanya.

Sebaik terdengar teguran tegas wanita itu, Anas berkata dia seolah-olah lega kerana ada individu yang berani membuat teguran sedemikian.

Benda tu common sense. You all study dekat public area tapi expect nak sunyi sepi. Memang tak logiklah. Sebab itulah ramai marah bila berlakunya insiden macam ni

NAZRUL NIZAM YATIMAN

PEMBANTU PERIBADI

"Bila dengar tu sumpah puas! Nampaklah wajah semua student tu dah haru-biru. Tak lama lepas tu mereka kemas barang dan terus blah.

"Inilah kali pertama saya tengok orang berani bersuara macam tu. Situasi macam ni banyak kali dah berlaku tapi tak ada yang berani bersuara.

“Kalau pergi McD Seksyen 2, level atas tempat tu dah macam dikhaskan untuk student study sampai pagi. Ada yang siap bawa selimut dan baju sejuk. Mereka memang berkampung dekat situlah ramai-ramai,” katanya.

Reaksi netizen terhadap posting tersebut.

Jelas pemuda yang bekerja sebagai pembantu peribadi itu, tidak salah jika mahu belajar di restoran makanan segera tetapi perlulah sesuai dengan masanya.

"Bagi saya tak salah kalau nak study kat McD tapi kena tengok kesesuaian. Masa kejadian tu kira-kira pukul 8 malam. Waktu tu memang peak hour.

"Bagi saya tak patutlah sekumpulan pelajar sibuk-sibuk nak study waktu peak hour macam tu. Berilah ruang kepada orang ramai untuk makan bersama anak-anak terlebih dahulu.

“Benda tu common sense. You all study dekat public area tapi expect nak sunyi sepi. Memang tak logiklah. Sebab itulah ramai marah bila berlakunya insiden macam ni,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain