Ini baru open table! Remaja buat rombongan lepak mamak, mujur ada sifat belas kasihan dekat pekerja restoran - “Kalau ada buat lawak, gelak je ikut orang” - Viral | mStar

Ini baru open table! Remaja buat rombongan lepak mamak, mujur ada sifat belas kasihan dekat pekerja restoran - “Kalau ada buat lawak, gelak je ikut orang”

Sekumpulan remaja sedang melepak di sebuah kedai mamak. Foto Twitter @alepkujur, @dnial_afiq, @_syhm_hzq

KITA biasa mendengar konsep open table yang mana antara ahli keluarga, rakan mahupun kenalan kita mengajak untuk makan di restoran, segala kos ditanggung olehnya.

Lain pula kisah sekumpulan remaja yang melakukan open table cara mereka sendiri dengan berkumpul di lebih 10 meja yang diletakkan secara terbuka di luar sebuah kedai mamak.

Ibarat ‘rombongan ke kedai mamak’, foto sekumpulan remaja melepak di hadapan sebuah restoran dikongsi di laman Twiter, diulang kicau lebih 10,000 kali dan mendapat lebih 18,000 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah syok lepak mamak dengan kawan, hati teringat baby di rumah... lelaki ini keluar ‘arahan’ untuk isteri - “Suami pandai, dia tunjuk notification saja”

ARTIKEL BERKAITAN: “Berapa kali dia nak kena marah?” - Vellfire remuk dihentam, pemiliknya ada alasan sendiri ajak pemandu lori lepak mamak

“Orang di hujung nak berbual dengan orang di hujung kena pakai mikrofon ke?” soal seorang netizen.

“Ni kalau borak satu topik, yang depan dah habis... yang hujung baru nak bincang,” komen netizen yang lain.

Perkongsian Aliff menjadi perhatian netizen.

Remaja yang memuatnaik gambar berkenaan, Muhammad Aliff Syahmi memberitahu, dia dan rakan-rakan sekolahnya makan di sebuah restoran mamak di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu selepas bermain futsal.

Pelajar berusia 17 tahun itu berkata, kesemua mereka yang bermain futsal adalah seramai 53 orang tetapi hanya 46 orang melepak di restoran selepas permainan.

“Kami satu sekolah, tinggal kat asrama. Futsal tu kami main satu batch, kumpul semua lepas tu buat liga sendiri dengan sembilan pasukan.

“Masa tu kami semua dah cuti sempena Tahun Baharu Cina. Kami datang berkumpul main futsal di Nilai. Ada yang datang dari Shah Alam, Kuala Langat, Klang, Semenyih, Sepang untuk berkumpul.

“Memang kami open table tapi bayar sendiri masing-masing, tak ada siapa yang belanja,” katanya kepada mStar sambil menambah hanya 45 pelajar dalam video itu kerana seorang lagi ke kedai semasa rakaman dibuat.


Sebahagian daripada 46 pelajar yang berkumpul membuat pengiraan.

Aliff yang merupakan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Selangor itu berkata, mereka berbual seperti biasa meskipun dalam jumlah yang ramai.

“Pasal borak tu kami borak je macam biasa. Ade yang jerit, ada yang buka grup WhatsApp sebab nak tengok gambar futsal tadi.

“Kalau rasa nak borak tu mereka bangun dan pergi dekat kawan yang nak cakap tu. Kalau ada yang lawak, gelak je ikut orang,” katanya sambil menambah mereka merancang pertemuan tersebut hanya beberapa hari sebelum itu.

Kami semua satu sekolah asrama dari tingkatan satu, tapi dulu masa jadi junior tak rapat sangat. Jadi, apa yang kami buat ni macam bonding, menguatkan hubungan kami.

ALIFF

Pertama kali membuat pertemuan itu, Aliff yang berasal dari Shah Alam itu berkata, mereka membantu memudahkan pekerja restoran yang mengambil pesanan.

“Kami semua pesan Milo ais sebab nak mudahkan kerja mamak ambil pesanan. 30 orang pesan nasi goreng pattaya, mereka yang lain pesan makanan lain.

“Bila masa nak bayar, tak ada pun beratur panjang di kaunter. Siapa nak pergi bayar dulu, bolehlah pergi ke kaunter dulu.

“Mamak kira semua sekali, tapi bayar berasingan. Jadi dia tolak-tolak saja apa yang kami dah bayar,” katanya namun tidak pasti jumlah keseluruhan bil.

Aliff dan rakan-rakannya berkumpul untuk bermain futsal.

Menurut Aliff, terdapat rancangan untuk melakukan aktiviti ini lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka.

“Kami semua satu sekolah asrama dari tingkatan satu, tapi dulu masa jadi junior tak rapat sangat. Jadi, apa yang kami buat ni macam bonding, menguatkan hubungan kami.  

“Tahun ni kami bakal duduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kami semakin rapat. Selepas SPM nanti kami beramai-ramai rancang nak pergi bercuti ke Krabi di Thailand, insyaAllah,” katanya.

futsal , kedai mamak , open table , asrama

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain