suria

Jumpa jarum peniti pada tilam asrama, tanda tanya pelajar lelaki ini akhirnya terbongkar - “Aku ingat sihir atau santau...”

Perkongsian Afiq mengenai kisah jarum ternyata menarik perhatian warga maya.

BAGI kaum hawa yang berhijab, mereka pastinya banyak menyimpan koleksi kerongsang dan jarum peniti.

Selain disimpan pada tempat khas seperti span, ada segelintir individu yang mencucuk jarum peniti di tempat duduk kereta, tilam dan sebagainya.

Itulah juga yang berlaku kepada seorang pelajar lelaki apabila dia terjumpa sejumlah jarum di tilam asrama inapannya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tudung tak masuk beg, tuannya tebal muka depan pelanggan, “Dia tanya plastik ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kongsi video seram, keluar rumah tutup mata ketika bunyi meja diseret

Menurut Muhammad Afiq Syahmi Kyarul Anuar, 18, dia pada mulanya hairan dengan kehadiran jarum misteri itu sehingga membuat perkongsian mengenainya di Twitter.

"Banyak aku jumpa jarum peniti kat katil. Aku ingat sihir atau santau atau apa? Aku baru teringat blok A ni dulu dihuni oleh perempuan," tulisnya di Twitter.

Bercerita lanjut kepada mStar, dia yang mesra disapa Afiq mengakui persoalannya mengenai jarum peniti itu terungkai apabila diberi penjelasan oleh rakannya.

Posting tular Afiq.

"Jarum peniti tu di tilam atas katil saya.  Katil dua tingkat. Saya ingatkan susuk. Lepas tu baru kawan beritahu dulu blok ni didiami pelajar perempuan.

"Saya mula-mula terfikir, kenapa ada jarum? Saya rasa terhibur lepas tahu tu. Saya rasa ramai perempuan lalui perkara sama," ujarnya.

Menurut penuntut asasi di Universiti Sains Islam (Usim) Nilai, Negeri Sembilan itu, dia juga tidak menyangka posting berkenaan akan tular di Twitter.

Kalau terduduk atas jarum peniti tu, sakit juga. Saya pun terkejut, tak sangka pula akan viral.

MUHAMMAD AFIQ SYAHMI KYARUL ANUAR

PELAJAR

Malah katanya, ia merupakan kali pertama dia menemui jarum peniti di dalam bilik tersebut.

"Saya dah dua semester di sini. Sebelum ni tak pernah jumpa. Saya post sebab rasa benda tu lawak.

"Kalau terduduk atas jarum peniti tu, sakit juga. Saya pun terkejut, tak sangka pula akan viral," ujarnya lagi.

Afiq (paling depan) bersama rakan sebiliknya di Usim.

Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 7,700 ulang kicau (Retweet).

Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen oleh netizen.

"The best part is dorang pun tak ingat kat mana dorang letak dan setiap kali nak guna dorang akan beli baru.

"Dah letih sangat nak tidur, lupa buka tudung. Sambil baring-baring tu cabut jarum, cucuk je lah kat tilam tu," tulis beberapa netizen.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p
Usim, jarum, santau, susuk, sihir

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Calon SPM MRSM Lipis dikuarantin