Pelajar kesal, dah delete foto peluk gadis tapi sampai juga ke pengetahuan ibu - “Masing-masing pernah rasa hormon lain macam masa umur saya kan?” - Viral | mStar

Pelajar kesal, dah delete foto peluk gadis tapi sampai juga ke pengetahuan ibu - “Masing-masing pernah rasa hormon lain macam masa umur saya kan?”

Irwan berasa sedih kerana mengguris perasaan ibunya dengan tindakan memuatnaik foto berpelukan dengan bukan mahram.

"KAN kami dah cakap, budak-budak jangan main Twitter. Korang tak nak dengar. Kan mak dah marah tu." 

Begitulah komen berbaur sindiran netizen terhadap seorang pelayar Twitter yang dimarahi ibunya kerana memuat naik foto berpelukan dengan bukan mahram.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah posting lucah, remaja control baik kena ‘ceramah’ sampai disuruh taubat – “Pertama kali mak menangis masa peluk saya, sebak sangat”

Posting individu yang menyindir pelayar Twitter tersebut, Tun Fathi Irwan menerima lebih dari 16,000 ulang kicau dan 15,000 tanda suka. 

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan ibu Tun Fathi Irwan yang melarang perbuatan itu dan menegur anaknya. 

"Mesti ramai yang bitter dengan post ni. Sekarang ramai yang normalize kan benda ni sampai diaorang lupa benda tu haram dan boleh bawa kepada zina. Mesti ada yang cakap 'pegang macam tu je pun'. Semua maksiat bermula dengan benda remeh macam pegang tangan ni la. 

Perkongsian seorang pengguna Twitter mengenai Irwan yang dimarahi ibu kerana berpelukan dengan bukan mahram tular di Twitter.

"Okay but his mom is actually very nice? Bagi nasihat pun baik-baik je, guna cara agama dengan lembut, langsung tak guna perkataan yang kasar dan maki. Saya kenal sesetengah kawan saya yang ada toxic parents, kena maki setiap hari. Sebenarnya, dia bertuah dapat ibu yang penyayang.  

"Kalau kita chill dan faham ayat mak dia tu, sumpah tu memang sepatutnya kita buat. Tapi tulah zaman sekarang ni benda haram pun jadi halal," komen beberapa netizen. 

Pada Selasa lalu, Tun Fathi Irwan yang selesa disapa Irwan telah memuatnaik paparan skrin perbualan di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan ibunya memarahinya kerana dia berkongsi foto berpelukan dengan kenalan perempuan di media sosial.  

Bagaimanapun, sebaik mendapati perkongsian itu mencuri perhatian netizen, Irwan terus memadam foto itu. Namun, ada individu di Twitter yang sempat 'screenshot' posting berkenaan dan menghantar kepada ibunya. 

Berkongsi cerita dengan mStar, remaja yang berusia 17 tahun ini mengesyaki pengikut laman sosial yang menyebarkan foto berkenaan kepada ibunya mungkin orang yang terdekat dengannya. 

Irwan dimarahi ibu selepas gambar dia berpelukan dengan seorang wanita dihantar oleh individu yang tidak dapat dikenal pasti. 

Namun, dia turut meluahkan rasa terkilan apabila seorang sahabat mungkin berasa bahagia melihat rakannya menderita. 

"Masa tu pukul 1 pagi. Dah namanya malam-malam buta, saya tak tahu pula ramai online kat Twitter. Niat saya post sekadar suka-suka je. Tapi bila dah upload tu, saya tengok ramai pula yang retweet. 

"Terus cepat-cepat saya delete. The next day saya bangun, saya tengok ada orang lain post posting saya semalam. Saya tak kenal, mungkin dia pengguna Twitter lain yang retweet post saya. 

"Cuma, apa motif dia nak kena screenshot. Lepas tu, terus saya dapat WhatsApp daripada mak saya. Dia marah-marah sebab upload gambar berpegangan dengan bukan mahram, dia ceramah pasal zina," katanya. 

Menurut Irwan, dia mengakui kesilapannya kerana tidak berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa tindakan.

 

Perkongsian Irwan muat naik paparan skrin perbualan antara dia dan ibunya di aplikasi WhatsApp curi perhatian netizen di Twitter. 

Dia berasa kesal dengan pengguna Twitter yang mengecam dan menggelarnya dengan panggilan 'anak emak' kerana baginya pendapat seorang ibu itu mestilah dihargai. 

"Saya sedar tindakan muatnaik gambar berpelukan itu salah. Tapi apa boleh buat, bila dah delete pun, posting tu sampai kat mak saya.  

"Saya ni cuma manusia yang tak dapat nak lari daripada kesilapan. Sejujurnya saya rasa sedih sebab dah guriskan hati mak.  

"Dia mak saya kot, saya tak faham dengan pengguna Twitter yang keep on kecam saya atau sindir cakap saya ni 'anak emak' ke apa. Memang saya 'anak mak' pun, kan dia yang lahirkan saya. Salah ke kalau saya hargai dia?" ujarnya.  

Jelas Irwan, meskipun dia masih muda, pengguna laman sosial yang sudah meningkat dewasa seharusnya lebih bijak menegur perbuatannya, bukan memalukannya.

Dia mak saya kot, saya tak faham dengan pengguna Twitter yang keep on kecam saya atau sindir saya cakap saya ni 'anak emak' ke apa. Memang saya 'anak mak' pun, kan dia yang lahirkan saya. Salah ke kalau saya hargai dia?

TUN FATHI IRWAN

Dalam pada itu, Irwan menganggap setiap remaja yang sedang meningkat umurnya akan melalui fasa hidup masing-masing. 

"Saya baru je 17 tahun, tapi nak pergi sekolah pun kadang-kadang saya malu bila isu ni dah viral sampai cikgu-cikgu tahu. Saya pun ada air muka. 

"Sepatutnya, pengguna Twitter senior ni bukannya malukan saya secara terang-terangan di laman sosial tu. Kalau tegur baik-baik, insyaAllah sesiapa pun terima. 

"Saya rasa, masing-masing pernah rasa hormon tu lain macam atau aktif je masa umur-umur macam saya ni. Semua pun pernah alami zaman WeChat ke apa, tapi kenapa bila saya buat salah, orang pilih untuk kecam? Saya boleh ditegur secara baik," tambahnya.  

Sementara itu, Irwan reda dengan kejadian yang berlaku, namun mengingatkan individu yang sering mengadu domba mengenai setiap postingnya kepada ibunya bahawa manusia itu tidak akan selalu berada di atas. 

Irwan kesal kerana telah mengguriskan perasaan ibunya. 

"Manusia ni tak selalunya dekat atas, kadang-kadang sekejap je Allah tarik nikmat dan orang yang kat atas ni bila-bila masa je boleh tersungkur. 

"Dan saya percaya tak selama-lamanya orang yang kat bawah ni akan kekal di bawah," katanya. 

Sebelum ini, menerusi laporan mStar pada 12 Januari 2020, Irwan juga pernah dikecam kerana telah berkongsi sebuah posting lucah di laman sosial. 

Peristiwa berkenaan turut membuatkan dia sebak kerana telah mengguriskan hati seorang ibu.

Irwan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada Oktober nanti. 

marah , peluk , mahram , zina

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain