suria

Padah posting lucah, remaja control baik kena ‘ceramah’ sampai disuruh taubat – “Pertama kali mak menangis masa peluk saya, sebak sangat”

Salah satu posting lucah di laman sosial sehingga Irwan mendapat teguran daripada ibunya. Foto ihsan Irwan

GARA-gara suka memuat naik posting berunsur luncah di media sosial, seorang remaja menerima mesej panjang lebar tanpa disangka-sangka.

Mesej yang dihantar oleh ibunya sendiri menerusi aplikasi WhatsApp ternyata mengundang sebak sehingga menusuk kalbu.

“Irwan kenapa banyak unsur lucah dalam posting kat media sosial? Ada kenalan mama yang follow awak dan sampaikan info, siap print screen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tepat ramalan imam ini! Posting terakhirnya selepas meninggal dunia betul-betul jadi perbincangan - “Betul kata kau Allamah...”

ARTIKEL BERKAITAN: Hipster habis! Empat remaja bangga pakai baju promosi laman porno terkenal dunia, imej seks - “Lain macam adik-adik sekarang”

“Berdosa Irwan. Stop immediately. Taubat. Jangan tambah titik hitam dalam diri. Ingat mati, ajal maut tu bila-bila masa boleh sampai.

“Andai kata Allah ambil nyawa dalam keadaan diri bergelumang dengan dosa, abang Irwan sedia ke nak hadap segala seksaan kubur? Masa tu, penyesalan dah tak guna,” antara mesej seorang ibu yang dikongsi remaja itu di laman sosial.

Mesej panjang lebar yang dihantar oleh ibu Irwan.

Remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Irwan mengakui terkejut  menerima mesej tersebut daripada ibunya, minggu lalu.

Pelajar berusia 17 tahun itu memberitahu, teguran dan nasihat ibunya sebenarnya berpunca daripada posting yang dikongsinya di laman sosial mengenai masturbasi.

“Memang saya akui banyak post benda-benda berunsurkan lucah di Twitter, sebab saya gunakan platform tu untuk suka-suka dan berinteraksi dengan kawan-kawan.

“Bila dapat mesej daripada mak... mula-mula tu saya memang geram dengan kenalan dia tu sebab berani dedahkan pasal saya kat mak,” katanya kepada mStar.

Ibu Irwan menasihatkan anaknya supaya bertaubat.

Bagaimanapun selepas difikirkan semula, remaja yang lebih mesra dengan panggilan Irwan itu memahami konteks mesej ibunya dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Berkongsi kisah di sebaliknya, pemuda dari Gombak, Selangor itu tidak menyangka tabiatnya yang suka membuat posting berunsur lucah itu mengecewakan ibunya.

Antara posting berunsur lucah yang dikesali Irwan.

“Masa saya terima mesej daripada mak tu, saya berada di kampung di Kota Bharu, Kelantan. Sehari seepas tu, saya pulang ke rumah dan jumpa keluarga.

“Seperti biasa, saya dan mak akan berpeluk bila jumpa, terubat kerinduan. Tapi buat pertama kali, mak menangis masa peluk saya. Masa tu saya sebak sangat.

“Jelas nampak mak kecewa sangat. Mungkin mak tak sangka saya boleh buat macam tu, sebab selama ni saya nampak baik,” tambah anak kedua daripada tiga beradik itu.

Siapa yang mahu melihat mak menangis sebab kesilapan sendiri kan

IRWAN

Walaupun cuba mengawal perasaan ketika itu, Irwan tidak dapat menipu dirinya yang berasa bersalah kerana telah mengecewakan ibunya.

“Siapa yang mahu melihat mak menangis sebab kesilapan sendiri kan. Mungkin sebelum ni saya banyak terpengaruh dengan kawan-kawan di sekolah lama,” katanya.

Irwan menghargai nasihat daripada ibunya.

Irwan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini mahu menumpukan pada pelajaran dan mengurangkan masa di media sosial.

“Saya mahu fokus kepada SPM, saya berjanji kepada mak untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang.

“Tiada lagi posting lucah. Saya tak mahu kecewakan mak lagi, semoga saya dapat straight A,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lucah, posting, Twitter, taubat, SPM

Artikel Lain