Dianggap bae kerana rambut karat, pelajar kolej tertekan sering jadi bahan ejekan - “Tapi tak lah sampai nak bunuh diri” - Viral | mStar

Dianggap bae kerana rambut karat, pelajar kolej tertekan sering jadi bahan ejekan - “Tapi tak lah sampai nak bunuh diri”

Foto Efan yang dimuat naik ke Twitter menerima komen berbaur penghinaan.

SEPERTI anak muda lain, remaja ini juga aktif memuat naik foto dan video untuk bersosial di alam siber.

Namun, perkongsian selfie Muhammad Adli Irfan di Twitter baru-baru ini turut dicemari dengan komen berbaur penghinaan.

Mesra disapa Efan, foto rambutnya yang keperang-perangan menerima kecaman di platform media sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ehh, banyak bulu kat tangan... syok ni” - Gadis misai down asyik dihina, tergamak pemuda minta RM10 nak padam tweet body shaming!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita” - Tahi lalat disamakan dengan 'boba' yang sedang trending, gadis mengaku pernah menangis

Jika dilihat, warna rambut itu tidaklah keterlaluan namun ada segelintir individu tergamak membuat komen berbaur penghinaan.

Ia mungkin berpunca daripada kapsyen mengundang foto tersebut yang berbunyi: "Lelaki dengan rambut karat ni boleh buat bae dho, fight me."

Bagi kebanyakan anak muda, perkataan bae (disebut bay) sering diguna sebagai ganti kepada perkataan baby, boo atau boyfriend.

Mengakui sedih dan tertekan, dia bagaimanapun sabar dengan apa yang berlaku dan menerima segala komen dengan hati terbuka.

"Ada la juga rasa tekanan, tapi tak adalah sampai nak bunuh diri. Cuma sabar selagi boleh.

Bila orang panggil macam tu, di luar saya happy, dalam hati sedih. Dalam hati down sangat sampai pernah rasa nak berhenti sekolah.

MUHAMMAD ADLI IRFAN

"Saya santai-santai sahaja. Cuma saya ambil semua komen tu sebagai pengajaran. Pesanan saya kepada mereka yang tak sensitif tu, terima kasih tegur saya.

"Jangan risau saya tak akan karatkan rambut," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Kata Irfan yang juga penuntut jurusan dandanan rambut, dia mewarnakan rambutnya kerana satu tugasan yang perlu dilaksanakan di kolej komuniti tempat dia belajar, baru-baru ini.

Selain foto rambut karat, selfie yang dimuat naik Efan turut dicemari dengan komen yang menguris hatinya.

Dia yang mengalami masalah pendengaran dihina dengan komen melampau sehingga melukakan hatinya.

Remaja berusia 20 tahun itu turut mengakui sudah menjadi bahan ejekan sejak di zaman sekolah lagi.

Antara foto Efan di laman Twitter.

"Sejak kecil lagi saya ada masalah kurang faham, boleh disebut kurang dengar juga.

"Saya boleh dengar, macam bunyi-bunyi tu saya boleh dengar. Tapi kalau orang bercakap, saya loading sikit.

"Jadi dari situ saya dijadikan bahan ejekan. Zaman sekolah lagi teruk. Sekarang ni ada juga tapi dah kurang. Perasaan saya memang down la," ujar pelajar jurusan dandanan rambut itu.

Posting mengenai rambutnya yang dikecam segelintir individu.

Namun kata Efan, dia hanya mampu bersabar sebagaimana pesanan yang dititipkan oleh ibunya.

"Mak selalu pesan, abaikan sahaja orang yang panggil macam tu. So saya ikutlah kata mak. Cuma saya ni dulu jenis happy happy.

"Bila orang panggil macam tu, di luar saya happy, dalam hati sedih. Dalam hati down sangat sampai dulu rasa nak berhenti sekolah," ujarnya mengakhiri bicara.

Muhammad Adli Irfan , rambut karat , kecam

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain