suria

Sibuk dengan majlis tunang, program hospital... doktor terkejut dapat tahu dirinya ‘tukar karier’ jadi cikgu pedofilia - “Mungkin salah seorang followers saya”

Gambar Dr Ubaidillah bersama rakannya ini diambil sewaktu terserempak di laluan kaki lima hospital.

SEORANG doktor terkejut apabila gambar dia bersama seorang rakannya yang dimuatnaik di Insta Storynya dicuri individu dipercayai pelaku pedofilia.

Malah gambar tersebut turut dijadikan sebagai gambar profile pelaku itu di Twitternya.

Dr Ubaidillah Zulkefli berkata dia mengetahui mengenai perkara itu menerusi sepupunya yang berkongsi paparan skrin tweet tersebut dalam grup WhatsApp keluarga mereka.

"Memang itu gambar saya bersama rakan saya Dr Zaki tapi saya bukanlah pemilik akaun Twitter itu. Saya tak tahu pun tentang perkara tu sehinggalah sepupu saya upload screenshot profile orang tu segala tweet dia dalam grup family kami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak edit bogel” - Pelajar panik terima 7 keping gambar sendiri selepas dapat foto 'ngeri' orang lain

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah cikgu ‘gatal’ curi gambar, perkenal dirinya sebagai pelacur di grup porno

"Memang saya terkejut dan panik sebab first time kena macam tu. Saya tak expect gambar tu akan digunakan untuk tujuan tidak baik. Jadi saya pun minta tolong kawan saya tweet beritahu gambar saya telah dimanipulasi individu tersebut," katanya.

Jelas pemuda berusia 28 tahun itu, dia turut hairan kerana gambar itu tidak pernah dimuat naik di Twitter mahupun Instagramnya.

Dr Ubaidillah bertugas di sebuah hospital di Kota Bahru, Kelantan.

"Gambar tu saya hanya upload dekat Insta Story saya sekali sahaja. Itupun dah lama... awal tahun ini. Kawan saya pun kata dia ada upload dekat Insta Story dia dulu. Gambar tu diambil di laluan kaki lima hospital sebab kebetulan terjumpa kawan dekat situ setelah sekian lama tak jumpa.

"Saya rasa mungkin orang tu salah seorang followers saya ataupun followers kawan saya. Kalau saya upload dekat Instagram memang orang boleh ambil tapi saya hanya letak dekat InstaStory.

"Mustahil orang boleh ambil sesuka hati melainkan follower saya atau kawan saya. Memang kami terkejut. Saya pun tak pasti sejak bila gambar itu digunakan individu terbabit di Twitternya, " kata Dr Ubaidillah.

Dekat timeline dia pun penuh video seks kanak-kanak dan hubungan sejenis (gay). Individu terbabit mengaku dia seorang cikgu.

DR UBAIDILLAH ZULKEFLI.

Menurut Dr Ubaidillah lagi, sejak tweet rakannya yang menjelaskan perkara sebenar tular, individu tersebut bertindak menukar gambar profile dan tweet handlenya.

"Lepas tweet tu viral, gambar saya yang digunakan dan tweet handle akaun itu sudah ditukar. Mungkin individu terbabit dah dapat tahu dan malam tu juga gambar tersebut ditukar.

"Apa yang saya tahu dekat kapsyen gambar dia tulis saya sebagai seorang cikgu dan kawan saya tu anak murid dia. Saya pun ada baca beberapa tweet dia yang kawan-kawan saya sempat screenshot.


Tweet handle individu terbabit dan gambar profile sudah ditukar sebaik sahaja kegiatannya terbongkar.

"Dekat timeline dia pun penuh video seks kanak-kanak dan juga hubungan sejenis (gay). Malah individu terbabit memang mengaku dia seorang cikgu," katanya.

Susulan itu, Dr Ubaidillah yang berkhidmat di sebuah hospital di Kelantan akan membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

"Memang saya nak buat report polis tapi saya banyak sangat program. Hari ni (semalam) pun saya bertunang, tak sempat buat apa-apa.

"Mungkin esok atau lusa barulah saya pergi ke balai polis terdekat. Saya harap penjelasan ini juga dapat membersihkan nama saya," katanya.

Kegiatan individu tidak bertanggungjawab itu terbongkar selepas seorang gadis berkongsi beberapa akaun dipercayai pelaku pedofilia menerusi satu ciapan di Twitternya.

Ini termasuk akaun yang menggunakan gambar profile Dr Ubaidillah bersama rakannya itu.

Akaun tersebut mempunyai seramai 12,500 pengikut sejak aktif di Twitter pada Oktober 2018.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain