Selepas diserang calon SPM kerana soalan susah, Melissa akhirnya bersuara - “Tolonglah berhati perut... kita semua hanya manusia biasa” - Viral | mStar

Selepas diserang calon SPM kerana soalan susah, Melissa akhirnya bersuara - “Tolonglah berhati perut... kita semua hanya manusia biasa”

Melissa meluahkan rasa terkilan dengan mesej melampau yang diterimanya sejak 48 jam lalu.

WANITA yang diserang sekumpulan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gara-gara soalan kertas 2 Bahasa Inggeris pada Rabu lalu akhirnya tampil bersuara.

Laura Melissa Williams meluahkan rasa terkejut kerana menjadi popular di Malaysia selepas dikaitkan dengan wanita dalam kertas soalan tersebut.

"Saya bangun dua hari lalu mengetahui diri saya tiba-tiba popular di Malaysia dan telah menerima ribuan mesej, 'meme' dan komen di Instagram dan Twitter.

"Saya dikaitkan dengan kajian kes kertas peperiksaan Bahasa Inggeris SPM mengenai seorang paraglider berusia 16 tahun bernama Melissa yang terbabit kemalangan ketika sedang melakukan aktiviti paragliding yang perlu dijawab pelajar berusia 17 tahun di negara kamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Instagram Melissa diserang gara-gara soalan SPM susah - “Itu tak kelakar... membelakangkan adab, memalukan diri kita”

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja kena ‘buli’ bergambar di kereta sport, ‘owner’ dia okay je siap jumpa minta maaf

"Seperti anda mungkin sedari sekarang, Melissa dalam kertas peperiksaan kamu tidak ada kaitan dengan saya. Saya hanya menjadi seorang paraglider wanita yang menggemari sukan yang nama tengahnya adalah Melissa," katanya menerusi satu posting di Instagram.

Antara 'serangan' pada ruangan komen salah satu posting Melissa.

Jelas Melissa lagi, sejak 48 jam lalu dia menerima lebih 150,000 komen, tanda suka dan ciapan yang cukup luar biasa.

"Banyak mesej kamu yang baik dan saya amat kagum dengan positiviti tersebut - terima kasih.

“Saya pernah berkunjung ke Malaysia sebelum ini dan menyukai negara kamu. Saya gembira ramai antara kamu berminat untuk mencuba paragliding. Ia sukan yang hebat," katanya.

Tolonglah berhati perut - kita semua hanya manusia biasa. Secara kebetulan saya seorang artis yang bekerja untuk projek yang fokus kepada gabungan teknologi dan tingkah laku manusia dan bagaimana ia memberi kesan kepada tubuh badan, hati dan minda kita.

LAURA MELISSA WILLIAMS.

Namun wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu turut terkilan dengan beberapa mesej melampau yang diterimanya.

"Mesej melampau seperti itu amat menyakitkan dan boleh menjejaskan kesihatan mental. Sebagai wanita berusia dalam lingkungan 30-an, saya cukup dewasa untuk melihat mesej tersebut.

"Tetapi jika saya seorang gadis berusia 16 tahun ini mungkin cerita berbeza. Mereka yang menulis komen-komen seperti itu patut berfikir dahulu sebelum bertindak pada masa akan datang," katanya.

Gambar Melissa melakukan aktiviti paragliding dihujan pelbagai komen netizen dari Malaysia.

Melissa turut menasihati individu terbabit supaya menjaga hati dan perasaan orang lain.

"Tolonglah berhati perut - kita semua hanya manusia biasa. Secara kebetulan saya seorang artis yang bekerja untuk projek yang fokus kepada gabungan teknologi dan tingkah laku manusia dan bagaimana ia memberi kesan kepada tubuh badan, hati dan minda kita.

"Kamu memberikan saya sumber paling menakjubkan untuk tingkah laku di media sosial dan kesedaran mengenai perasaan seseorang yang menjadi mangsa buli siber. Seperti anda sedia maklum, saya tidak akan membuat sebarang posting di sini untuk tempoh beberapa hari sementara keadaan kembali reda.

"Pada masa sama, saya mengucapkan selamat maju jaya untuk peperiksaan kamu yang akan datang. Selamat tinggal buat masa ini," katanya.

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini