Instagram Melissa diserang gara-gara soalan SPM susah - “Itu tak kelakar... membelakangkan adab, memalukan diri kita” - Viral | mStar

Instagram Melissa diserang gara-gara soalan SPM susah - “Itu tak kelakar... membelakangkan adab, memalukan diri kita”

Instagram wanita bernama Melissa diserang calon SPM gara-gara namanya yang kebetulan sama dalam soalan peperiksaan kertas 2 bahasa Inggeris.

AKAUN Instagram seorang wanita Mat Salih diserang oleh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaik selesai peperiksaan kertas 2 Bahasa Inggeris pada Rabu.

Semuanya gara-gara soalan berkaitan Melissa bersama paraglidingnya yang didakwa calon SPM sukar untuk dijawab.

Tanpa ada kaitan dengan soalan SPM tersebut, wanita berkenaan yang menggunakan akaun @*****melissa******** berkongsi gambarnya melakukan aktiviti paragliding di pergunungan Alps, Perancis pada 2 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja kena ‘buli’ bergambar di kereta sport, ‘owner’ dia okay je siap jumpa minta maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Video tribute buat Caluq bukti sayang, rakan menangis teresak-esak - “Dia baru lepas gunting rambut sebelum jadi mangsa langgar lari”

Sejak namanya trending di Twitter, gambar tersebut mendapat 17,188 tanda suka dan menerima ribuan komen dalam kalangan calon SPM.

Rata-rata pelajar yang kecewa dengan soalan itu meninggalkan komen negatif pada gambar tersebut yang dianggap netizen sebagai satu bentuk buli siber.

Antara 'serangan' pada ruangan komen salah satu posting Melissa.

Wanita itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons balas di ruangan komen pada gambar tersebut.

Bagaimanapun seorang netizen berkongsi paparan skrin perbualan mesej antara Melissa dan seorang individu yang tampil memohon maaf di atas komen tidak baik diterimanya.

"Minta maaf jika ramai individu tidak dikenali menyerang kamu di ruangan komen salah satu gambar kamu.

Walaupun 10 atau 100 orang buat salah, orang luar akan hukum seluruhnya. Sama macam kes Dua Lipa yang kena serang dulu sampai individu tu rasa tidak selesa. Itu tak kelakar. Kita dah kebelakangkan adab dan memalukan diri kita sendiri.

KHUZRIN KAMARUDIN

"Kami baru sahaja tamat peperiksaan dan cerita kamu mendarat di sebuah kampung pada seksyen pemahaman bacaan dan soalan itu amat sukar.

"Jadi orang marah ahahaha," tulis seorang individu.

Berdasarkan respons balasnya, Melissa dilihat tidak ambil pusing kecaman itu sebaliknya bertanyakan mengenai gambar kertas soalan tersebut.

Mesej perbualan Melissa dengan seorang individu yang tular di Twitter.

"Hahaha thanks. Do you have a photo of the exam paper or the story that was told in it? And the question," katanya.

Namun individu tersebut meminta maaf kerana kertas soalan itu tidak boleh dibawa pulang oleh calon.

Kisah tersebut bagaimanapun mendapat perhatian seorang netizen, Khuzrin Kamarudin yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan tersebut di Twitternya.

Pemuda itu berpendapat tindakan segelintir remaja menyerang IG individu yang kebetulan mempunyai nama sama menunjukkan tahap pemikiran mereka mengendalikan media sosial masih belum matang.

"Sebenarnya semua ni berkaitan adab dan etika ketika mengendalikan media sosial. Apatah lagi bila pergi serbu IG orang yang tak berapa arif dengan bahasa kita. Itu dah menggambarkan budaya kita kepada umum.

"Walaupun 10 atau 100 orang buat salah, orang luar akan hukum seluruhnya. Sama macam kes Dua Lipa yang kena serang dulu sampai individu tu rasa tidak selesa. Itu tak kelakar. Kita dah kebelakangkan adab dan memalukan diri kita sendiri," katanya.

Melissa , paragliding , SPM , bahasa Inggeris , kertas 2

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain