suria

Ramai cemburu... skrin telefon retak, kawan baik terus belikan iPhone 11 - “Saya tak minta dia beli, dia paksa saya ambil”

Perkongsian Fatin yang tular di Twitter.

MANA nak cari lelaki macam ni? Mungkin itulah persoalan yang timbul dalam kalangan netizen selepas melihat posting tular ini di Twitter.

Menerusi perkongsian berkenaan, telefon pintar iPhone 6 milik Fatin Najihah terjatuh sehingga skrin peranti itu retak sewaktu dia berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Ahad minggu lalu.

Susulan itu, dia menerima sebuah telefon baharu iatu iPhone 11 yang dihadiahkan oleh rakan baiknya, Fazreen Idham.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tanya kenapa buat dia macam ni?” - Komplot berjaya, gadis buat pakwe 'ketagih' PUBG menangis

ARTIKEL BERKAITAN:  Pakwe speechless! Pertama kali WhatsApp bapa kekasih minta izin dating dibalas gambar tanah kubur – “Girlfriend saya pesan suruh tunggu...”

"Phone crack, terus dapat baru. Thank you Fazreen Idham I owe you a lot," tulis gadis berusia 24 tahun itu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Fatin mengakui terharu dengan pertolongan sahabatnya tempoh hari.

"Masa saya jalan-jalan kat mall, telefon di tangan saya terjatuh, skrin retak. Saya mesej Faz bagitahu dia apa yang jadi.

"Dia kata on the way. Lepas tu dia beli iPhone 11. Saya tak minta dia beli, tapi dia paksa saya ambil. Saya rasa terharu sebab kawan sanggup buat macam tu," ujarnya.

Kawan saya kebanyakannya lelaki. Pada saya, lagi mudah nak klik dengan lelaki dan saya tak banyak kawan perempuan.

FATIN NAJIHAH

Menurut Fatin, dia sudah mengenali jejaka berusia 27 tahun itu sekitar empat atau lima tahun lalu.

Malah, Fatin turut menyangkal tanggapan netizen di Twitter yang menganggap Faz merupakan teman lelakinya.

"Kami dah kawan lama, dah banyak harungi pelbagai perkara bersama-sama.

"Kawan saya kebanyakannya lelaki. Pada saya, lagi mudah nak klik dengan lelaki dan saya tak banyak kawan perempuan.

Posting Fatin di Twitter.

"Faz ni salah seorang la. Apabila orang cakap macam-macam, saya tak boleh hentikan. Saya pun tak sangka tweet tu akan blow up," ujarnya yang bekerja dalam bidang penjenamaan dan pemasaran.

Dalam pada itu, posting berkenaan sehingga kini menerima lebih 2,200 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen yang berjenaka di ruangan komen yang mana rata-ratanya mahu Faz membelikan telefon baharu serta barangan lain buat mereka, sebagaimana yang diterima gadis berkenaan.

"Hai Faz, telefon saya pun retak juga.

"Untunglah. Aku punya dah jahanam teruk tak ada siapa nak belanja.

"Faz nak juga Faz. Fon saya ada dua kamera je, nak yang ada tiga kamera," tulis beberapa netizen secara berjenaka.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain