suria

Video tribute buat Caluq bukti sayang, rakan menangis teresak-esak - “Dia baru lepas gunting rambut sebelum jadi mangsa langgar lari”

Arwah Muhammad Syah Luqman maut dalam kemalangan langgar lari di Jalan Pulai Jaya, Skudai Johor.

SEPATUTNYA remaja lelaki ini meraikan hari graduasi bersama-sama rakan sekolahnya dalam suasana penuh kegembiraan.

Namun detik indah itu tidak dapat direalisasikan pelajar malang itu, Muhammad Syah Luqman Shahrir yang maut dalam kemalangan jalan raya sehari sebelum hari bersejarah itu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medini, Nusajaya Johor itu menjadi mangsa langgar lari sebuah teksi ketika dalam perjalanan pulang dari menggunting rambut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak rapat, tapi rakan 'caring' semacam masa konvo petanda ajal... diajak bergambar beri alasan - “Dia sempat toleh belakang tengok jubah saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Video tribute untuk arwah! Sembuh bahu kiri, pelajar VI maut kemalangan... bahu kanan pula patah - “Baiknya arwah masa hidup...”

Arwah juga diamanahkan untuk menjadi imam solat hajat bagi pelajar yang menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di sekolahnya.

Pemergian Muhammad Shah Luqman benar-benar memberi kesan kepada rakan seperjuangannya.

Pemergian Muhammad Syah Luqman benar-benar memberi kesan kepada rakan-rakannya.

Malah rasa kehilangan itu dizahirkan menerusi satu video tribute di Youtube yang tular di media sosial.

Meskipun dimuat naik pada 29 September lalu, video dengan kapsyen 'Sayu dan pilu nyanyian mereka!!! Hanya rindu - SMK Medini Nusajaya Graduation Day' mendapat lebih 500,000 tontonan di platform perkongsian video itu.

Rakaman itu dipercayai diambil ketika sekumpulan pelajar lelaki mengadakan persembahan pada hari graduasi mereka bagi memperingati arwah, Muhammad Shah Luqman yang menghadap Ilahi pada 26 September lalu.

Menerusi rakaman itu, beberapa rakan arwah dilihat menangis teresak-esak di pentas semasa kompilasi foto arwah dipaparkan pada majlis tersebut.

Bagi menghormati pemergian arwah, pihak sekolah telah membatalkan persembahan lain yang kemudian digantikan dengan persembahan nyanyian lagu ‘Hanya Rindu’ dari Andmesh Kamaleng. 

Antara komen ditinggalkan netizen pada ruangan komen pada video tersebut.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak dan menitis air mata semasa menonton video tersebut.

"Walaupun arwah tidak dikenali tapi turut berdukacita. Jatuh air mata. Al-Fatihah," kata Angel Ridz.

"Arwah mesti seorang yang sangat dekat dan senang didekati. Hampir semua mengalir air mata, maksudnya semua selesa dengan arwah. Al-Fatihah. Tipu kalau cakap aku tak ikut nangis sekali. I feel them," tulis Mohd Tamizi.

Sangat terkejut dengan pemergian arwah. Arwah anak yang baik dan disenangi rakan-rakan di sekolah. Moga arwah tenang di sana. Syurga tempatmu.

NETIZEN.

"Meremang bulu roma saya dengar dan tengok mereka nangis. Sebak," kata Daydeng Ayyad.

"Lelaki jarang sekali menangis tapi bila dah menangis, tangis mereka adalah tangisan paling ikhlas," tulis Atiqah Arshad.

Rakan arwah dilihat tidak dapat menahan sebak semasa persembahan sempena memperingati arwah.

Sementara itu, beberapa rakan turut menyifatkan arwah sebagai seorang sahabat yang baik.

"He's such a good junior ever. Siapa je tak kenal Caluq, the most humble and friendliest kid in school. Your singing, your voice, your laugh, your joke, your kindness, your presence itself will be missed. Tenanglah awak di sana Shah Luqman, Al-Fatihah," tulis H.

"Sangat terkejut dengan pemergian arwah. Arwah anak yang baik dan disenangi rakan-rakan di sekolah. Moga arwah tenang di sana. Syurga tempatmu," kata Eddie.

Netizen turut berharap agar pemandu teksi yang melanggar arwah segera ditahan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain