Bapa dedah kisah di sebalik visual seram imej anak berbeza di cermin

Nasrullah Napi mengakui video pantulan imej anaknya dalam cermin tidak bergerak adalah teknik suntingan. Foto Instagram @jumpermotion

SEJAK kebelakangan ini pelbagai video penampakan makhluk halus tular di laman sosial yang menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai kesahihan rakaman berkenaan.

Baharu sahaja reda masyarakat bercakap tentang video kelibat nenek kebayan di Lata Ulu Kenas, Kuala Kangsar yang menaikkan bulu roma, kini tular pula rakaman seorang bayi di hadapan cermin menyaksikan pantulan imejnya tidak bergerak apabila dia memalingkan wajah ke arah belakang.

Video yang dirakam oleh ibu bayi berkenaan membuatkan dia berada dalam keadaan panik ketika memanggil suaminya untuk mengalihkan anak mereka di cermin itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemput kahwin guna video memang rare!

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek kebayan dah dicekup? Pakar tangkap jin dedah dialog penunggu hutan “Wajah dirakam.... biar kamu tahu keberadaan kami”

"Jangan bagi anak main cermin malam-malam. Kalau tak inilah jadinya," tulis bapa bayi itu, Nasrullah Napi, 31, selepas memuat naik video berkenaan di Facebook miliknya.

Bagaimanapun, ramai berasa ragu-ragu dengan kesahihan serta keaslian video tersebut kerana ia dilihat seperti disunting sehingga mengundang pelbagai pandangan di media sosial.

Penularan video pantulan imej seorang bayi tidak bergerak apabila dia menoleh ke belakang tular di media sosial.

Nasrullah ketika dihubungi mStar mengakui kejadian pantulan imej anaknya, Mohammad Naeyl yang berusia 9 bulan itu tidak bergerak adalah palsu dan ia sebenarnya hasil proses suntingan dilakukannya sendiri.

Bapa berusia 31 tahun itu berkata, dia menghasilkan video itu sekadar suka-suka selain ia sebagai teknik pemasaran syarikatnya yang menawarkan perkhidmatan penerbitan video.

"Jujurnya video itu saya hasilkan sebagai salah satu teknik pemasaran tentang kesan teknik khas tetapi tak sangka pula ia boleh tular.

"Sebenarnya sudah banyak video yang saya hasilkan menggunakan teknik dipanggil masking itu tetapi ia tidaklah tular seperti video kali ini," katanya yang juga pemilik syarikat produksi Jumper Motion.

Pun begitu, Nasrullah memberitahu dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan sesiapa apabila memuat naik video tersebut di laman sosial miliknya.

"Saya ingin memohon maaf kepada yang percaya tetapi memang ada kemungkinan perkara seperti itu akan berlaku.

Bercakap mengenai video itu, Nasrullah berkata, dia hanya mengambil masa sejam untuk proses suntingan walaupun sebenarnya proses masking boleh memakan masa yang lama untuk disiapkan.

Nasrullah bersama anak kesayangannya, Naeyl.

Bagaimanapun katanya, dia berharap masyarakat memandang positif terhadap video itu dalam menambah ilmu tentang proses suntingan sesebuah video atau filem.

"Tak mudah hasilkan video itu malah saya mengambil masa setengah jam hanya untuk merakam aksi anak yang sesuai untuk disunting selain tempoh dua hari untuk siapkan video berdurasi 10 saat.

"Kalau buat betul-betul suntingan masking memang susah dan boleh mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kesan tanpa cacat cela.

"Untuk video Naeyl saya gunakan teknik pengasingan lapisan di mana video pantulan dalam cermin satu lapisan asing, matanya menjadi gelap lapisan lain manakala Naeyl di depan cermin turut menggunakan lapisan berbeza," jelasnya yang menggunakan perisian After Effect bagi menghasilkan video itu.

Sementara itu, Nasrullah berkata, dia tidak kisah mendapat kecaman daripada netizen berhubung video berkenaan kerana ia adalah perkara biasa.

Malah katanya, dia tidak akan berhenti daripada menghasilkan pelbagai video lain pada masa hadapan dalam menarik minat masyarakat mengenai teknik suntingan video.

"Ada yang mengecam kerana saya menggunakan anak untuk meraih perhatian tetapi sebelum ini pun saya sudah buat beberapa video menampilkan anak saya tetapi ia tidak tular.

Tentang dikecam netizen itu pada saya ia adalah perkara biasa dan saya tak pun apa juga orang hendak kata dan Insya-Allah saya akan buat lebih banyak video menarik pada masa hadapan," katanya.

Nasrullah Napi, tular, viral, cermin

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain