Acah-acah nak kasut baharu, tapi graduan dapat hadiah konvo lebih mahal... “Ingatkan bunga biasa, rupa-rupanya jambangan duit” - Viral | mStar

Acah-acah nak kasut baharu, tapi graduan dapat hadiah konvo lebih mahal... “Ingatkan bunga biasa, rupa-rupanya jambangan duit”

Nurul menerima jambangan duit daripada umminya pada majlis konvokesyennya baru-baru ini. Foto ihsan Nurul Ardini Zainal

BUKAN sahaja sembilan kuntum bunga ros merah hati segar tetapi wang kertas RM50 sebanyak 12 keping digubah menjadi jambangan duit yang nilainya mencecah lebih RM600.

Itulah kejutan yang diterima Nurul Ardini Zainal daripada kakak sulungnya, Norhidayah atau disapa ummi sejak kecil sempena majlis konvokesyen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang baru-baru ini.

Gadis yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Perniagaan dari UiTM Raub ketika dihubungi mStar berkata, perasaannya bercampur baur semasa menerima hadiah unik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pandang pelik, graduan 'usung' bawang pemberian awek di majlis konvo, kawan kata 'sesuai'!

ARTIKEL BERKAITAN: Eh! Mana skrol?" - 'Graduan terlajak' hairan jalan berlenggang, alasan 'nervous' ketika dipeluk ibu

"Malu... teruja... excited. Macam tulah perasaan waktu tu. Saya terkejut sebab kawan-kawan beritahu mereka ada nampak ummi saya bawa bouquet duit.

"Saya macam tak percaya sehinggalah saya tengok sendiri masa nak bagi kad jemputan masuk dewan dekat ummi dan abah (abang ipar).

"Ingatkan bunga biasa je tapi bila pergi dekat tengok memang bouquet duit. Total duit RM600. Semua orang tengok masa tu, Ya Allah malunya," katanya.

Nurul bersama ummi (dua dari kiri) dan abah yang juga abang iparnya (kiri) selepas selesai majlis konvokesyennya.

Nurul Ardini atau lebih mesra disapa Nurul berkata, sebelum majlis konvokesyennya dia ada membuat pautan (tag) gambar sepasang kasut di Facebook kakaknya itu.

"Saya tag dengan harapan ummi bagi hadiah (kasut) untuk konvo. Tapi ummi ada cakap dia macam tak sempat nak beli kasut. Saya kata tak kisah janji ummi datang (konvo) pun dah ok.

"Bila tanya ummi kenapa buat macam tu? Ummi cakap ambil je, tu je dia mampu buat. Kiranya duit tu hadiah untuk konvo dan nilainya lagi banyak dari harga sebenar kasut yang saya nak," katanya dalam nada sebak.

Gadis berusia 22 tahun itu berkata, dia juga terharu di atas kesungguhan kakak sulungnya menghadiahkan jambangan duit tersebut.

"Walaupun segan saya sebenarnya terharu. Saya berterima kasih dekat ummi. Ummi dan abah kerja... abah beritahu ummi pergi hantar kedai suruh orang gubah pagi sebelum konvo.

"Kira-kira pukul 1.30 tengah hari baru mereka pergi ambil. Ummi pergi hantar kedai dan orang kedai tu pun tak tahu nak buat macam mana. Akhirnya terhasillah bouquet duit," katanya.

Kawan Nurul sejak kecil turut hadir pada majlis konvokesyennya.

Perkongsian anak bongsu daripada sembilan beradik itu mengenai jambangan duit tersebut di Twitternya dengan kapsyen "Alhamdulillah thank you, next?" pada 22 April lalu mendapat perhatian ramai.

Tweet tersebut diulang kicau sebanyak 1,300 kali dan mendapat kira-kira 4,100 tanda suka.

Nurul yang berasal dari Bandar Jengka, Pahang berkata dia memuat naik gambar jambangan duit pemberian kakak sulungnya di Twitter secara suka-suka untuk dijadikan kenangan.

"Saya memang selalu akan update gambar dekat Twitter dan Instagram untuk suka-suka tapi tak sangka jadi viral," katanya.

jambangan duit , konvokesyen , UiTM Jengka

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain