Ramai pandang pelik, graduan ‘usung’ bawang pemberian awek di majlis konvo, kawan kata ‘sesuai’! - Viral | mStar

Ramai pandang pelik, graduan ‘usung’ bawang pemberian awek di majlis konvo, kawan kata ‘sesuai’!

Sejambak bawang yang diterima oleh Adam ketika majlis konvokesyen di UiTM Pulau Pinang yang berlangsung baru-baru ini.

BAGAI sudah jadi tradisi, setiap kali tibanya musim majlis konvokesyen ribuan graduan akan dihadiahkan dengan sejambak bunga atau coklat.

Bagaimanapun, lain pula halnya yang berlaku kepada seorang graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Muhamad Adam Razali,25, apabila dia menerima sejambak bawang daripada kekasihnya.

Pemuda yang berasal dari Taiping, Perak ini ketika dihubungi mStar berkata dia terkejut, tapi dalam masa yang sama terhibur apabila menerima hadiah yang sungguh luar biasa itu.

“Memang ada satu hari tu, saya beritahu kekasih saya kalau nak beri hadiah konvo, saya mahukan sesuatu lain dari yang lain sebab bunga dan coklat sudah terlalu klise.

“Masa majlis konvokesyen baru-baru ini, saya terkejut selepas dia hulur sejambak bawang sebelum majlis bermula. Saya tak sangka dia betul-betul akan hadiahkan saya sesuatu yang ‘rare’,” katanya.


Adam bersama rakan-rakannya.

Muhamad Adam berkata, gara-gara mengusung sejambak bawang, dirinya menjadi perhatian pada hari tersebut, termasuklah daripada golongan ibu bapa yang tertanya-tanya tentang hadiah yang dipegangnya

“Saya rasa saya seorang sahaja graduan yang dapat bawang masa tu, yang lain kebanyakannya dapat bunga dan coklat.

“Setiap kali saya berjalan ke mana-mana, ada saja makcik dan beberapa rakan yang menegur… ada yang tanya di mana saya dapat sejambak bawang tersebut," ujarnya yang kini membantu keluarganya menjalankan bisnes katering.

Adam ni boleh tahanlah juga ‘membawangnya’, kalau jumpa memang banyak benda nak borak, boleh jadi berjam-jam, jadi memang sesuailah dia dapat bawang tu.

HASNUL HISHAM HASAMUDDIN

Sementara itu, salah seorang rakannya, Hasnul Hisham Hasamuddin, 27, mengakui sahabat yang dikenalinya sejak zaman matrikulasi itu adalah seorang yang suka 'membawang' lebih-lebih lagi apabila mereka berkumpul beramai-ramai

“Adam ni boleh tahanlah juga ‘membawangnya’, kalau jumpa memang banyak benda nak borak, boleh jadi berjam-jam, jadi memang sesuailah dia dapat bawang tu.

“Yang pasti dia ni gila-gila orangnya, tapi bila berada dalam kelas kulinari, dia sangat berdisiplin, itu yang membuatkan saya hormat kepadanya," katanya.


Adam terima sejambak bawang daripada kekasihnya.

Dalam pada itu Muhamad Adam yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari berkata hadiah yang diterima itu akan disimpan sebagai satu kenangan dalam meraikan kejayaannya.

”Bawang-bawang itu semua saya nak simpan buat kenangan. Bukan senang nak dapat bawang masa hari konvokesyen.

“Rasa sayang sangat nak guna sebab ini betul-betul luar biasa. Saya akan abadikan ia sebagai satu kenangan," ujarnya.

bawang , konvokesyen , UiTM

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain