suria

Menantu hamil mengidam, mentua sanggup kejar lori tapi... "Kalau tak dapat saya faham"

Lori milo yang menjadi kegemaran Natasya.

MASIH ingatkah lagi lori membawa minuman kegemaran ramai yang selalu kita ternanti-nanti kehadirannya di sekolah? Pasti tidak sabar untuk keluar kelas dan beratur untuk dapatkan secawan air malt bercoklat itu.

Baru-baru ini sebuah video tular di laman Twitter apabila seorang pemuda dari Kuantan, Pahang, Muhammad Azmer Mohd Badrul Merzam memuat naik video ibu bapanya yang sanggup mengejar lori Milo demi memenuhi keinginan isterinya yang mengidam secawan minuman itu.

Muhammad Azmer atau mesra disapa Azmer itu ketika dihubungi mStar berkata, dia tidak menyangka ibu bapanya sanggup mengejar lori berkenaan sehingga berhenti di bahu jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah isteri mengidam selesai! "Dua bungkus dia makan, rakyat Malaysia memang terbaik"

ARTIKEL BERKAITAN: Terkedu Raja Muda Selangor 'repeat' beli nasi lemak, "Tapi saya minta maaf sangat-sangat"

"Mereka teringat isteri saya pernah sebut teringin nak minum air Milo daripada lori. Kebiasaannya kami selalu sahaja buat miuman itu di rumah tetapi kalau minum daripada lori ini sedapnya lain macam sikit.

Azmer dan Natasya bakal menimang cahaya maya yang pertama tidak lama lagi.

"Ketika kejadian itu berlaku, sebenarnya saya dan isteri tiada dalam kereta. Yang ada cuma mak, ayah dan adik saya. Video itu sebenarnya dirakam oleh adik perempuan saya.

"Mereka dalam perjalanan balik rumah tetapi apabila terserempak dengan lori Milo, ayah yang memandu kereta terus kejar dan berjaya menahan lori tersebut di bahu jalan bypass Indera Mahkota, Kuantan," kata pemuda berusia 23 tahun itu.

Menerusi video berkenaan, ibu bapa Azmer diberitahu oleh pemandu lori berkenaan, minuman itu tidak dapat disediakan ketika itu dan jika berhasrat meminumnya daripada lori boleh berkunjung ke Mini Karnival Nirwana Indera Sempurna (Moh Heboh) pada 1 Mei ini.

Sementara itu, isteri Azmer, Natasya Rose Nizam yang hamil lapan bulan itu memberitahu, setakat ini dia masih tidak berkesempatan untuk menikmati secawan air malt bercoklat itu.

Azmer dan Natasya telah mendirikan rumah tangga pada September tahun lepas.

"Jujur saya terharu selepas melihat video berkenaan. Saya tak sangka ibu dan ayah mentua bersusah payah mengejar lori itu. Mereka tahu saya suka sangat minum Milo sejak hamil anak pertama ini.

"Sebenarnya saya tidak mahu paksa sesiapa carikan lori itu. Cuma ada rasa teringin sahaja tetapi kalau tidak dapat pun saya faham. Tak adalah nak bersedih sangat sebab kita faham bukan senang nak cari benda yang susah nak dapat sekarang.

"Ibu dan ayah mentua saya memang baik dan penyayang orangnya. Makanan lain pun, kalau saya pandang sahaja pun mereka terus belikan," ujarnya yang telah mendirikan rumah tangga bersama Azmer pada September tahun lepas.

Dalam pada itu, video yang dimuat naik Azmer itu mendapat kira-kira 342,000 tontonan serta 29,450 ulang kicau dan 19,442 tanda suka sejak dimuat naik 28 April lalu.

Beberapa netizen memberi komen pada video berkenaan yang tular baru-baru ini.

"Saya terkejut apabila melihat video tersebut boleh viral sehingga mencecah ribuan tontonan.

"Tujuannya hanya untuk berkongsi di sosial media sahaja," katanya yang juga merupakan anak sulung kepada empat adik- beradik.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Milo, Lori, Kuantan, Hamil

Artikel Lain