Ingatkan Filem Porno Tapi... - Semasa | mStar

Ingatkan Filem Porno Tapi...

Salah satu adegan iklan perisa vape yang kini tular di media sosial.

PETALING JAYA: Sebuah video yang kini tular di media sosial pada mulanya disangka mempromosikan pakaian dalam wanita kerana memaparkan pelakon iklan komersial separuh bogel.

Dengan aksi yang mengghairahkan, wanita tersebut memakai pakaian dalam warna hitam persis iklan antarabangsa.

Salah satu adegan dalam video berdurasi seminit itu dipercayai dirakamkan di sebuah pusat peranginan di Port Dickson. 

Pelakon iklan komersial turut melakukan aksi berahi di atas katil sebuah bilik dan kolam renang.

Namun apa yang mengejutkan, iklan tersebut sebenarnya mempromosikan produk perisa rokok elektronik atau vape.

Antara komen netizen berhubung iklan perisa vape yang mencetuskan kontroversi.

Ia sekali gus mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan iklan berkenaan sengaja mengeksploitasikan wanita hanya untuk melariskan produk vape.

Seorang netizen mempersoalkan tujuan iklan berkenaan: “Ni iklan nak jual vape ke nak jual body (badan)?”

“Ingat filem porn (porno) tadi hahaha,” soal seorang netizen.

Malah ada yang menyifatkan ia sekadar strategi pemasaran untuk melariskan jualan: “Memang dia sengaja nak kasi viral (tular) pasal buka baju ni. Sebab dengan cara ni tiba-tiba nama dia jadi tular, kontroversi murahan.”

Seorang peniaga rokok elektronik, Mohd Azmir Mohd Nor berkata, iklan yang kurang sopan itu hanya menjejaskan industri vape di negara ini.

“Isu vape masih belum selesai terutama dari segi kawal selia, sekarang ada pula isu iklan vape yang seperti filem porno.

“Jika terus dibiarkan, ia hanya memberi gambaran yang kurang baik terhadap produk vape yang kami jual,” katanya kepada mStar Online.

Pelakon iklan komersial menunjukkan aksi mengghairahkan sambil menggunakan vape.

Sementara itu, gerakan dalam talian bagi komuniti pengguna vape, Malaysian Organization of Vape Entity (MOVE) turut membantah penyiaran iklan tersebut yang disifatkan tidak sesuai dengan pasaran Malaysia.

Presidennya, Samsul Kamal Arrifin berkata, berdasarkan demografik yang dibuat gerakan itu, majoriti pengguna vape adalah Melayu berusia antara 24 hingga 45 tahun.

“Iklan tersebut hanya akan menunjukkan persepsi yang negatif terhadap pengguna vape di negara ini, yang dikaitkan dengan wanita separuh bogel, sedangkan objektif vape sebagai alternatif untuk perokok berhenti merokok.

“Sehubungan itu, kami meminta kerajaan untuk mengawal selia hal berkaitan dengan vape dengan menetapkan garis panduan,” katanya sambil menambah kawal selia itu termasuk pembuatan, pengedaran dan penggunaan produk berkaitan dengan vape. 

vape

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kusangkakan Kedai Kasut, Rupa- Rupanya...

Artikel Berkaitan

Iklan Vape Lucah, Syarikat Mohon Maaf

'Datuk' Didakwa Rogol Budak 12 Tahun

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain