suria

Suspek Bakar Tahfiz Dihalang Jumpa Keluarga

KUALA LUMPUR: Perintah reman terhadap tujuh suspek yang ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Khamis lalu dilanjutkan selama tujuh hari lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa mengesahkan pada Jumaat bahawa perintah reman itu disambung sehingga 29 September ini.

Sebelum ini, kesemua suspek direman selama seminggu dan tempoh reman itu berakhir pada Jumaat.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi, 14 September lalu itu, seramai 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut manakala enam lagi cedera parah.

Ketujuh-tujuh suspek berusia 11 hingga 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan. 

kebakaran, pusat tahfiz

Artikel Sebelum

Anwar Terbabit Kemalangan

Artikel Berikut

Artikel Lain