suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk, Dua Individu Bebas Reman SPRM

Tiga individu termasuk ketua eksekutif bergelar Datuk dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selepas direman selama seminggu berkaitan isu penyelewengan dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Ketua Eksekutif sebuah perbadanan bergelar Datuk dan dua individu lain yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM40 juta dibebaskan pada Jumaat.

Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor memerintahkan ketua eksekutif berumur 58 tahun dan setiausaha perbadanan berumur 34 tahun itu, masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan dua orang penjamin.

Seorang lagi iaitu pengarah syarikat berumur 38 tahun dibebaskan dengan jaminan tunai RM28,000 dengan dua penjamin.

Pada 13 September, SPRM menahan empat individu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM40 yang disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan kemahiran khusus untuk mereka yang tiada pekerjaan.

Sebelum ini, media melaporkan keempat-empat suspek didakwa menyeleweng RM25 juta pada tahun ini dan RM15 juta pada tahun lalu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain