suria

Taib Mahmud Pemimpin Hebat, Berjaya Satukan Sarawak - Adnan Yaakob

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai pemimpin yang hebat dan banyak berjasa kepada Sarawak.

Katanya kehebatan Abdul Taib meneraju Sarawak selama 33 tahun terserlah apabila pemimpin veteran itu berjaya menyatukan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik serta agama.

"Saya doakan beliau terus berjaya dalam apa juga bidang selepas ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai pengumuman Abdul Taib yang melepaskan jawatannya berkuat kuasa 28 Februari ini.

Abdul Taib turut menamakan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) Tan Seri Adenan Satem sebagai penggantinya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain