suria

Tanda Harga: Peniaga Diberi Tempoh Hingga Akhir Bulan Ini

Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ahmad Bashah Md Hanipah.

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi semua barang kawalan dan bukan kawalan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pengguna boleh membuat aduan terhadap peniaga yang ingkar arahan itu supaya tindakan tegas boleh diambil termasuk pendakwaan di mahkamah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau harga di pasar besar Kota Kinabalu dan pusat penjaja Inanam Point di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011, sekiranya peniaga didapati menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

"Ada barangan terpilih yang berbeza harga, tetapi peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga yang tidak munasabah kalau di luar musim kawalan harga sekalipun...(mereka) tidak boleh naik harga sewenang-wenang," katanya.

Beliau mengulas harga barang keperluan harian bagi 24 barangan terpilih yang berbeza di 881 premis di seluruh negara berdasarkan pemantauan 'Price Watch' yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

Menurut kenyataan kementerian itu pada Isnin, barang keperluan itu merangkumi barang basah dan kering seperti buah-buahan, ikan dalam tin (sardin), cili kering leper (tidak bertangkai), ikan bilis, mee kuning, marjerin, sos cili, milo, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk kari ikan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain