suria

Abdul Taib Buat Semua Berteka-Teki

Kenderaan rasmi ketua menteri Sarawak
Kenderaan rasmi ketua menteri Sarawak

KUCHING: Sebuah kereta jenis Rolls Royce biru muda dengan pendaftaran KR1963Q selalunya membawa Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai penumpang.

Walaupun ia bukan perkara luar biasa apabila Ketua Menteri menggunakan kenderaan yang turut tertulis 'Ketua Menteri Sarawak' namun kini ia akan menarik perhatian apabila pemimpin kerajaan terbabit meletak jawatan selepas 33 tahun.

Menariknya, nombor '1963' di Rolls Royce itu merupakan simbolik kepada tahun apabila Sarawak, Sabah dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Petugas media mula memenuhi lobi Ibu Pejabat Parti Bumiputera Bersatu (PBB), seawal 9 pagi Ahad untuk membuat liputan mengenai mesyuarat jawatankuasa Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan oleh Abdul Taib.

Selain itu, beberapa parti komponen juga berada di situ, antaranya Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing; Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Peter Chin Fah Kui.

Taib yang kelihatan tenang dengan berbaju batik emas, berjabat tangan dengan ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum bersembang dan berjenaka.

Meskipun mesyuarat itu dibuat secara tertutup namun jurugambar telah diberi ruang untuk merakam gambar secara ringkas.

Mesyuarat ditangguhkan untuk makan tengah hari pada pukul 1 petang dan ketika Abdul Taib keluar, wartawan mengejarnya untuk mendapatkan ulasan.

Pelbagai soalan telah diajukan kepada beliau dan kebanyakan berkisar tentang tarikh peletakan jawatannya.

Taib hanya menjaqwab ringkas iaitu beliau akan bertemu Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 28 Februari ini untuk memberikan surat tersebut sambil berjenaka, "Supaya saya dapat gaji penuh untuk bulan Februari ini."

Artikel Lain