suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

80 Peratus Ruang Niaga Di KLIA2 Sudah Diisi - Hasan Malek

SEPANG: Sebanyak 80 peratus ruang niaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), terminal penerbangan tambang rendah, sudah diisi sehingga ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata pengisian ruang niaga di KLIA2 itu menunjukkan petanda positif dalam menjadikannya sebagai terminal penerbangan tambah rendah, bahkan sebagai pusat peruncitan yang mampu memberi peluang pekerjaan kepada 12,000 warga tempatan kelak.

"Pelbagai jenama peruncitan dari dalam dan luar negara akan beroperasi di KLIA2. Kedai runcit di KLIA2 bukan sahaja untuk para penumpang membeli-belah malah kepada orang ramai yang mengunjungnya.

"Hab peruncitan KLIA2 ini merupakan antara Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam sektor pemborongan dan peruncitan yang dikawal selia oleh KPDNKK," katanya pada sidang media selepas melawat ke KLIA2 di sini Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Alias Ahmad.

EPP di KLIA2 merupakan inisiatif swasta yang diterajui Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) manakala kerajaan pula berperanan sebagai fasilitator dalam membantu menjayakan pelaksanaan projek tersebut, katanya.

Beliau berkata KLIA2 menawarkan peluang perniagaan dan berpotensi memberi pulangan yang besar kepada sektor peruncitan dan pemborongan ekoran jumlah penumpang domestik dan antarabangsa yang akan menggunakan terminal penerbangan tambang rendah itu kelak.

Hasan berkata ruang niaga klia2 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang niaga di Terminal Utama dan ruang niaga di Gateway@klia2 atau dikenali sebagai 'Landside Mall'. -BERNAMA

Artikel Lain