suria

Pelancong Sepanyol Patah Kaki, Mangsa Langgar Lari

Warga Sepanyol Frank Hernandez, 21, terlantar di Hospital Daerah Langkawi di Langkawi, Isnin menerima rawatan susulan. Mangsa cedera di kaki kanan akibat susulan kes kejadian langgar lari ketika sedang menunggu teksi untuk pulang ke tempat penginapanya. Foto BERNAMA
Warga Sepanyol Frank Hernandez, 21, terlantar di Hospital Daerah Langkawi di Langkawi, Isnin menerima rawatan susulan.
Mangsa cedera di kaki kanan akibat susulan kes kejadian langgar lari ketika sedang menunggu teksi untuk pulang ke tempat penginapanya. Foto BERNAMA
Warga Sepanyol Frank Hernandez, 21, terlantar di Hospital Daerah Langkawi di Langkawi, Isnin menerima rawatan susulan. Mangsa cedera di kaki kanan akibat susulan kes kejadian langgar lari ketika sedang menunggu teksi untuk pulang ke tempat penginapanya. Foto BERNAMA

LANGKAWI: Seorang pelancong warga Sepanyol patah kaki kanan selepas dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari berhampiran sebuah pusat hiburan di sini Jumaat lepas.

Dalam kejadian 3 pagi itu, Frank Hernandez, 21, dan rakannya Aldo Mauro, 25, dari Itali sedang menunggu teksi untuk pulang ke tempat penginapan selepas berhibur di pusat hiburan tersebut.

Mauro memberitahu Bernama sebaik kejadian berlaku orang ramai yang berada di situ bertindak menghubungi ambulans yang kemudian membawa rakannya mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Langkawi.

Sehingga kini kami tidak dimaklumkan sebarang perkembangan oleh polis walaupun laporan sudah dibuat dua hari lepas, kata Mauro ketika ditemui di hospital itu Isnin.

Sementara itu, Hernandez berkata beliau tiba di sini pada Selasa lepas dan merancang untuk tinggal di Langkawi selama sebulan dengan mengatur pelbagai aktiviti untuk dilakukan sepanjang tempoh tersebut.

"Tetapi kini saya terpaksa tangguhkan hasrat untuk meneroka Langkawi dan menumpukan kepada rawatan," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Polis tidak melengahkan kes ini dan sedang berusaha mengesan pihak yang bertanggungjawab, katanya sambil meminta mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain