suria

Hasrat cari kerja bertukar mimpi ngeri, wanita dakwa dirogol kakitangan universiti dalam kampus

Pelaku jenayah rogol menggunakan taktik licik untuk memperdaya mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 22 tahun mendakwa dirogol oleh seorang pegawai pentadbiran kanan sebuah universiti ketika berjumpa untuk memohon pekerjaan.

Kejadian didakwa berlaku di kampus Jawaharlal Nehru Agricultural University, Jabalpur, Madhya Pradesh, India pada 25 Disember.

Menurut mangsa, dia berhubung dengan suspek, Durga Shankar Singerha, selepas melihat iklan jawatan kosong di media sosial.

Suspek pada awalnya meminta mangsa hadir ke universiti untuk menyerahkan dokumen, kata Penolong Superintendan Polis, Jitendra Kumar.

Selepas beberapa pertemuan, wanita itu dijemput ke rumah seorang pembantu pejabat, Mukesh Sen, yang terletak di dalam kampus.

Dalam pertemuan itu, mangsa mendakwa dirogol oleh Durga, manakala Mukesh mengunci pintu dari luar bagi memudahkan suspek melakukan jenayah tersebut.

Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis menahan kedua-dua suspek bagi membantu siasatan kes itu. -Agensi.

 

Artikel Lain