suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Stalker’ ekori sampai luar negara, pramugari dibunuh dalam hotel 5 bintang

Anastasia Nikulina ditemukan maut dengan 15 kesan tikaman di sebuah hotel. -Foto East2West

SEORANG pramugari warga Rusia yang pergi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melarikan diri daripada seorang 'stalker' (pengintip) ditemukan mati di sebuah hotel lima bintang.

Anastasia Nikulina, 25, ditemukan dengan 15 kesan tikaman di leher dan anggota badan di hotel Voco Bonnington, Dubai.

Suspek, Albert Morgan, 41, dikatakan mengekori Anastasia ke Dubai bersama seorang rakan dan kembali ke Rusia selepas melakukan pembunuhan itu. 

Morgan didakwa memecah masuk bilik hotel mangsa dengan bantuan rakannya.

Polis Dubai mengenal pasti Morgan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel dan memaklumkan kepada pihak berkuasa Rusia, yang kemudiannya menahan suspek sejurus dia tiba di St Petersburg pada 20 Disember.

Rakaman di mahkamah Rusia menunjukkan Morgan memakai topi dan penutup muka ketika direman selama dua bulan berhubung kematian pramugari itu. - Agensi.

Artikel Lain