suria

[V] Pemandu e-hailing mengamuk, paksa penumpang bayar tambang lebih sebab jalan jem

Tangkap layar seorang lelaki menyamar sebagai pemandu e-hailing untuk menipu pelancong.

TULAR rakaman video memaparkan seorang lelaki yang menyamar sebagai pemandu e-hailing bertindak agresif menuntut bayaran tambahan daripada sekumpulan penumpang warga asing, kononnya disebabkan kesesakan lalu lintas.

Insiden yang dikongsikan pengguna X [Tonton Video] menunjukkan pemandu berkenaan meninggikan suara sambil mempertahankan tindakannya, sekali gus mencetuskan ketegangan di lokasi kejadian.

Menurut pemandu terbabit, kadar tambang yang dipaparkan pada meter keretanya adalah berdasarkan kadar lama sejak 2022. 

Dia turut mendakwa kelewatan akibat trafik menyebabkan caj tambang meningkat, justeru penumpang perlu membayar lebih daripada jumlah yang dipersetujui.

Walaupun pada awalnya keberatan, penumpang asing yang difahamkan boleh bertutur sedikit bahasa tempatan akhirnya akur dan membayar bayaran tambahan tersebut.

Kejadian dilapor berlaku di Phuket, Thailand.

Bagaimanapun, situasi menjadi lebih mencurigakan apabila pengawal keselamatan campur tangan dan memaklumkan bahawa meter teksi sebenarnya tidak digunakan sepanjang perjalanan. 

Malah, pemandu tersebut didakwa tidak berdaftar dengan platform e-hailing dan dipercayai beroperasi sebagai pemandu teksi haram.-Agensi

Artikel Lain