suria

Tragedi pesta hari jadi... Pengurus wanita diperkosa dalam kereta, tiga individu termasuk CEO syarikat IT terlibat!

Mangsa rogol akan mengalami trauma sepanjang hayat. -Gambar hiasan

SEORANG pengurus wanita berdepan pengalaman ngeri selepas dirogol secara bergilir oleh tiga individu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat teknologi maklumat (IT).

Kejadian berlaku selepas pesta majlis hari jadi yang dianjurkan CEO pada 20 Disember lalu. 

Polis memaklumkan bahawa apabila majlis berakhir, seorang ketua eksekutif wanita syarikat itu menawarkan untuk menghantar mangsa pulang ke rumah.

Mangsa kemudian menaiki kenderaan tersebut bersama CEO dan suami kepada ketua eksekutif wanita berkenaan.

"Semasa dalam perjalanan, kenderaan terbabit berhenti di sebuah kedai dan mangsa diberikan minuman beralkohol. 

"Mangsa mendakwa dia dipaksa mengambil bahan tersebut sebelum tidak sedarkan diri.

“Mangsa memaklumkan bahawa dia tersedar semula ketika sedang dicabul secara seksual di dalam kenderaan yang masih bergerak,” kata polis.

Kejadian dilapor berlaku di Rajasthan, India.

Wanita itu mendakwa ketiga-tiga suspek terlibat dalam serangan seksual berkenaan walaupun dia cuba melawan.

Dia juga ditahan di dalam kenderaan sehingga awal pagi sebelum dihantar pulang ke rumah.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan teruk sebelum mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta. 

Laporan perubatan mengesahkan berlaku serangan seksual dan dia segera membuat laporan polis.

Ketiga-tiga suspek iaitu CEO syarikat, ketua eksekutif wanita dan suaminya ditahan pada Khamis selepas disoal siasat dan dibawa ke mahkamah. -Agensi

Artikel Lain