suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas bawa kumpulan kebajikan terbalik ketika turun bukit, 7 individu terkorban

Risiko kematian sangat tinggi apabila melibatkan kemalangan di kawasan cerun atau gaung.

SEKURANG-kurangnya tujuh individu maut apabila sebuah bas yang membawa 19 penumpang terbalik di jalan pergunungan di wilayah Yen Bai, utara Vietnam pada Sabtu.

Menurut agensi berita tempatan, bas berkapasiti 29 tempat duduk yang membawa kumpulan kebajikan itu dilaporkan sedang menuruni cerun sebelum terbalik dan remuk.

Jentera berat terpaksa digunakan untuk memotong bahagian bas bagi mengeluarkan mangsa, kata Pengerusi Komun Phinh Ho, Hoang Anh Tuan kepada agensi berita.

Tuan berkata kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kegagalan brek.

Bagaimanapun cubaan untuk menghubungi pihak berkuasa wilayah Yen Bai dan Komun Phinh Ho tidak berhasil.

Polis, unit tentera, pegawai tempatan serta penduduk turut terlibat dalam operasi menyelamat. -Agensi

 

Artikel Lain