suria

Laluan Sempit Di Persiaran Surian Bermula Sabtu - MRT Corp

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya di Persiaran Surian di sini diminta berhati-hati susulan pelaksanaan laluan sempit selama seminggu bermula Sabtu ini.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan di sini Selasa berkata, pengecilan laluan itu yang bermula pukul 10 malam Sabtu ini hingga 11 malam 21 Februari depan bertujuan memudahkan pembinaan Stesen MRT The Curve.

Selain itu, lencongan sementara juga akan dilaksana di Persiaran Surian menghala Sungai Buloh di antara Pangsapuri Cempaka dan Pangsapuri Seroja pada Sabtu dan Ahad ini antara pukul 10 malam dan 6 pagi.

"Pengguna dari arah Sunway Ginza ke Sungai Buloh akan dilencongkan ke Jalan Teknologi berhampiran Tropical Medical Centre, manakala pengguna ke arah Lebuhraya LDP tidak akan terjejas," kata kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain