BN Minta Pembangkang Tidak Politik Isu Kuin - Semasa | mStar

BN Minta Pembangkang Tidak Politik Isu Kuin

SUNGAI PETANI: Pembangkang diingatkan supaya tidak mempolitikkan isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana kerajaan negeri sedang berusaha menyelesaikan isu itu yang berlaku ketika zaman pembangkang menerajui Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata walaupun berhadapan dengan banyak masalah termasuk penempatan pelajar di kampus induk Kuin di Kuala Ketil, kerajaan negeri tetap berusaha untuk menjadikan Kuin sebagai sebuah universiti.

"Sekarang kita sudah selesaikan masalah asrama, selewat-lewatnya bulan Jun ini akan selesai. Sebanyak RM5 juta dana diperuntukkan untuk menyiapkan asrama yang terbengkalai itu yang dapat memuatkan seramai 1,200 pelajar," katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya peringkat negeri sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Petani Utara di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan pembangkang menerusi laman blog yang mengkritik kerajaan negeri bahawa Barisan Nasional (BN) sebelum ini menentang pembinaan kampus Kuin di Kuala Ketil namun akhirnya mengalah dan menggunakan kampus yang dibina kerajaan PAS itu.

Tajul Urus berkata isu Kuin tidak sewajarnya dimanipulasi memandangkan B Ntidak pernah mengeluarkan kenyataan menentang pembinaan kampus tersebut.

"Kita tidak pernah menggunakan istilah menentang pembinaan kampus Kuin Kuala Ketil. Kita tidak bawa (pindah) semua (pelajar ke Kuala Ketil) kerana ada yang kena tinggal di kampus Mergong (Alor Setar) sebab masalah asrama," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri turut membuat rundingan dengan beberapa institusi lain seperti Bina Darulaman Berhad (BDB), beberapa institusi kewangan dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi menyelesaikan masalah Kuin.

"Selain asrama yang ditinggalkan yang perlu kita sudahkan, kita juga akan berunding dengan BDB untuk menjadikan projek perumahan berhampiran sebagai asrama Kuin. Kita juga akan berunding dengan institusi kewangan macam mana nak biayai projek itu, malah kita turut berunding dengan PR1MA supaya membantu kita mengatasi masalah penempatan.

"Dalam masa yang sama, kita turut meminta jurutera untuk mereka pelan bagi pembinaan masjid dalam bentuk wakaf." katanya.

Beliau berkata kampus di Mergong akan kekal untuk kegunaan pelajar jurusan perubatan.

Sementara itu Tajul Urus yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri berkata kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat di Kedah perlu dipertingkatkan agar mereka lebih mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

"Jika pendidikan mengenai keselamatan di jalan raya betul-betul disematkan khususnya di kalangan generasi muda di sekolah, kemalangan jalan raya boleh dikurangkan.

"Kita kena tingkatkan budaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ke arah mencapai status negara maju," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Bapa Lee Chong Wei Kahwin Semula

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain