Pengurusan Kes Bunuh Pegawai AmBank Pada 10 Feb - Semasa | mStar

Pengurusan Kes Bunuh Pegawai AmBank Pada 10 Feb

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 10 Feb depan sebagai tarikh pengurusan kes terakhir bagi kes bunuh pegawai operasi dan rompakan bersenjata di cawangan Ambank Subang Jaya.

Pendaftar Mahkamah Tinggi Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut di depannya pada Jumaat.

Peguam S.Selvi, yang dilantik Kedutaan Indonesia mewakili La Ode Ardi Rasila, berkata tarikh itu diputuskan bagi membolehkan pihak pembelaan memperoleh dokumen berkaitan laporan kimia, salinan kamera litar tertutup serta memutuskan mahkamah tinggi yang akan mendengar kes berkenaan.

Beliau berkata peguam S.Prakash akan menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.

La Ode Ardi, 36, dihadapkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 19 Nov lepas atas dua pertuduhan iaitu membunuh Norazita Abu Talib, 37, dan melakukan rompakan serta melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian mangsa di dalam bangunan Ambank di Subang Jaya antara 6 dan 6.30 petang, 23 Okt lepas.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan. Majistret K.B Elina Hong Tze Lan memerintahkan kedua-dua kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi di sini selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain