suria

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Harun Taib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.

Harun meninggal dunia akibat serangan jantung tengah malam tadi.

"Takziah kepada keluarga Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS yang telah meninggalkan kita. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah," kata Najib dalam entri twitter beliau.

Harun, 70, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu kira-kira 12.10 tengah malam.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Manir itu dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat.

Harun merupakan antara tokoh utama PAS yang lantang menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut bukan Islam. - BERNAMA

Artikel Lain