suria

Ketua Dewan Ulama PAS Meninggal Dunia

Harun Taib
Harun Taib

PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam Jumaat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Berita mengenai kematian tersebut disahkan Pegawai Tadbir Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Mohd Shahir Abu Hassan.

"Allahyarham uzur dan tidak sedarkan diri sejak malam semalam (Khamis)," katanya kepada mStar Online.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menziarahi Allahyarham petang tadi.

Sementara itu menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham akan disolatkan pada kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.

"Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik, Manir Kuala Terengganu," katanya.

Artikel Lain