suria

Pusat Penjagaan Kewaja Gagal Batalkan Notis Jabatan Kebajikan

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat penjagaan, Pusat Kebahagian Wanita dan Remaja (Kewaja), pada Khamis gagal dalam cubaan mereka untuk membatalkan notis sita yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWKL).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof mengenepikan permohonan Pengurus Kewaja Yahya Mohamed dan Ruzitah Bahrum untuk semakan kehakiman terhadap notis sita bertarikh 9 November 2012.

Hakim Zaleha mengenepikan permohonan itu dengan kos RM2,000 dan memerintahkan jabatan itu memulangkan komputer yang dirampas dari pusat berkenaan kepada Yahya and Ruzitah.

Pada 31 Januari tahun lepas, Yahya dan Ruzitah memfailkan permohonan untuk membatalkan notis sita, perintah mandamus bagi Kewaja didaftarkan sebagai sebuah pusat penjagaan di bawah Akta Pusat Penjagaan 1993, satu perintah kepada responden untuk memulangkan semua komputer dan dokumen asal yang telah dirampas jabatan itu.

Mereka menamakan Pengarah JKMWKL Noormah Dato Abd Rauf dan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai responden.

Jabatan itu mengeluarkan notis berkenaan berdasarkan bahawa pusat itu tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain