suria

SPAD Akan Perkenal Sistem Pastikan Pemandu Teksi Ikut Arahan

KUALA LUMPUR: Masalah menunggu lama untuk mendapatkan teksi dan berhadapan dengan sikap biadap pemandu teksi akan berakhir apabila satu satelit khas mengesan bakal diperkenalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengetahui kedudukan teksi dan penumpang juga dapat melaporkan aduan dengan segera.

Tidak lama lagi teksi akan dilengkapi dengan teknologi sistem kedudukan global (GPS) yang membolehkan Kerajaan untuk memberi arahan kepada sesebuah teksi untuk menunggu pelanggan, bahkan juga memantau sikap pemandu.

Dikenali sebagai Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) pada masa ini dibangunkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan akan dilaksanakan di Lembah Klang pada suku ketiga tahun ini.

"Apa yang kita cuba usahakan adalah untuk memastikan semua teksi dapat melaksanakan sistem ini," kata Ketua Eksekutif SPAD, Mohamad Nur Ismal Kamal kepada The Star dalam satu temuramah.

Berita baik untuk para penumpang apabila mungkin hanya satu nombor yang disediakan untuk mendapatkan khidmat teksi.

Mohamad berkata, perkhidmatan radio teksi semasa akan melanggan sistem SPAD manakala pemandu akan melanggan perkhidmatan radio berkenaan.

Mohamad menambah, CTSS itu juga akan digunakan untuk mengarahkan pemandu teksi yang paling dekat dengan penumpang yang menunggu, dan bukannya mereka untuk memanggil beberapa syarikat bagi mendapatkan khidmat teksi.

"Anda boleh memanggil nombor kita atau operator. Bagaimanapun, kami berharap untuk menyediakan hanya satu nombor," katanya.

Dengan CTSS, panel khas juga akan dipasang di bahagian belakang tempat duduk hadapan, bagi membolehkan penumpang untuk bercakap dengan SPAD semasa perjalanan.

Beliau berkata, pelanggan bukan sahaja akan dapat menghantar aduan, tetapi juga menilai pemandu teksi.

"Kemudian, apabila pelanggan mahu mendapatkan khidmat teksi, mereka boleh menentukan hanya pemandu empat bintang dan ke atas sahaja untuk mengambil mereka," kata Mohamad.

Katanya, penilaian itu juga akan memberi inspirasi kepada pemandu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Beliau yang merujuk kepada perkhidmatan tempahan teksi mudah alih seperti MyTeksi dan Taximonger, beliau berkata, pemandu yang diberi penialain yang baik dapat mendapatkan pendapatan yang lebih.

Mohamad berkata, sistem itu diperlukan kerana industri teksi itu begitu banyak dan diuruskan secara berasingan menyukarkan SPAD untuk membuat pemantauan terhadap semua teksi di Lembah Klang.

Dianggarkan terdapat 60,000 teksi di Semenanjung dengan lebih 37,000 teksi di Lembah Klang sahaja.

Berbanding dengan New York, bandar raya di Amerika Syarikat itu hanya mempunyai 13,000 teksi.

Dianggarkan terdapat 7.2 juta penduduk di Lembah Klang manakala New York mempunyai kira-kira 20 juta orang.

Walaupun dengan jumlah teksi yang sebesar itu, Mohamad berkata, terdapat beberapa kawasan di mana pemandu teksi tidak akan pergi di Lembah Klang.

Dengan CTSS, pemadu teksi boleh diarahkan oleh SPAD untuk berbuat demikian.

"Pada masa ini, tiada siapa yang memantau apa yang pemandu teksi lakukan. Mereka boleh duduk di Bukit Bintang untuk berjam-jam lamanya, berbual di kedai kopi dan bermain dam.

"Dengan mempunyai semua teksi ini yang boleh dihubungkan dengan SPAD, kita boleh melihat di mana pemandu teksi berada, dan mengagihkan semula mereka untuk menampung permintaan di mana-mana," katanya.

Beliau berkata, SPAD mahu memastikan terdapat 60% sehingga 80% teksi boleh didapati pada waktu puncak.

Sistem ini, katanya, juga akan dipasang bagi membolehkan SPAD mengetahui lokasi teksi itu berada dengan tepat, dan sekiranya meter tambang telah dimatikan.

Satu lagi idea yang diusahakan SPAD di bawah sistem ini termasuk butang panik, bagi membolehkan penumpang menggunakannya untuk mendapatkan bantuan.

Mohamad berkata, CTSS akan dipasang dalam model baru Teksi 1Malaysia (Teks1M) di Lembah Klang terlebih dahulu, sebelum dilaksanakan pada model-model lain dalam jangka panjang.

Beliau menambah, mempunyai CTSS juga mungkin menjadi satu syarat lesen pada masa akan datang, dan kos memasang boleh diturunkan melalui pengiklanan di bahagian belakang teksi itu.

Artikel Lain