30 Kes Penipuan Simpanan KWSP Dilapor Sepanjang 2013 - Semasa | mStar

30 Kes Penipuan Simpanan KWSP Dilapor Sepanjang 2013

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 saman mahkamah difailkan terhadap pencarum yang terlibat dalam kes penipuan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang tahun lepas.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata daripada jumlah itu, 10 pencarum didapati bersalah manakala bakinya masih dalam tindakan mahkamah.

"KWSP mempunyai sistem komprehensif, berupaya mengesan pencarum yang terlibat dalam penipuan pengeluaran walaupun selepas simpanan itu berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Mengulas dua kes penipuan terbaharu berkaitan pengeluaran perumahan antara Oktober dan Disember tahun lepas, Nik Affendi berkata kedua-dua pencarum itu telah dikenakan tindakan kerana menyalahi Seksyen 59, Akta KWSP 1991.

Katanya pencarum yang didapati bersalah, tetapi dapat mengembalikan wang yang telah dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, dibenar membuat pengeluaran sama selepas dua tahun dari tarikh wang itu dikembalikan.

Nik Affendi berkata bagi pencarum yang gagal memulangkan wang berkenaan, akan kehilangan hak bagi membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya.

Beliau turut mengingatkan pencarum KWSP agar tidak menggunakan khidmat pihak ketiga yang menawarkan untuk membantu mengeluarkan simpanan mereka bagi mengelak sebarang penipuan.

Orang ramai boleh melaporkan sebarang kegiatan atau cubaan penipuan dengan menghubungi Talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain