suria

Jabatan Meteorologi Nafi Keluar Amaran Tsunami Di Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu menafikan telah mengeluarkan amaran bahawa Tsunami akan melanda pantai timur Sabah seperti yang tersebar di Internet.

"Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengeluarkan sebarang amaran Tsunami pada 8 Jan 2014 seperti yang tersebar di Internet," tegas jabatan itu dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan untuk pengesahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-79678066 atau 03-79678065.

Artikel Lain