suria

Fitnah: Tony Pua Saman Ahmad Zahid, Utusan

Tony Pua
Tony Pua
Tony Pua

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua memfailkan saman terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Utusan Melayu (M) Bhd kerana mendakwa memberi fahaman bahawa beliau adalah penjenayah.

Tony, 41, berkata Dr Ahmad Zahid yang ketika itu Menteri Pertahanan, telah memfitnah beliau melalui penyiaran laporan dalam Utusan Malaysia pada 18 Mac 2011.

Beliau berkata Utusan telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah terhadapnya dalam akhbar dan terus menyiarkannya dalam talian.

Antara lain, Tony berkata bahawa akhbar itu menulis bahawa beliau telah ditangkap oleh pihak polis di Singapura bagi kesalahan jenayah dan tidak sesuai untuk menjadi ahli Parlimen.

Beliau berkata perkataan itu juga menggambarkan beliau sebagai 'tidak taat setia' terhadap Malaysia.

Tony telah menamakan Dr Ahmad Zahid, Utusan Melayu dan ketua editor kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan dalam saman sivil itu.

Pada Khamis, Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Norliza Hussin menetapkan 11 Februari untuk pengurusan kes sementara menunggu defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka, kata peguam Utusan Choo Shi Jin kepada pemberita di sini.

Peguam Benjamin Aliff mewakili Tony manakala peguam Prem V.mewakili Dr Ahmad Zahid.

Dalam samannya, Tony berkata penerbitan yang disiarkan telah memberi kesan terhadap watak dan nama baiknya.

Beliau berkata ia telah membawanya ke dalam skandal umum, kebencian dan penghinaan.

Tambahnya defendan telah gagal untuk menjaga dan berhati-hati untuk memastikan kebenaran dalam berkata-kata.

Artikel Lain