suria

Diugut Bunuh, Hanna Yeoh Buat Laporan Polis

PETALING JAYA: speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh membuat laporan polis awal pagi Selasa di Balai Polis USJ 8 selepas menerima ugutan bunuh ekoran petikan palsu yang dikaitkan dengan beliau.

"Saya telah membuat laporan polis pagi ini. Saya berharap polis akan menyiasat cybertroopers ini yang menyebarkan pembohongan untuk mewujudkan kebencian perkauman," kata ADUN Subang Jaya ini.

Posting berkenaan telah dimuat naik di internet bersama-sama dengan gambar, mendakwa ahli politik DAP menggalakkan wanita hamil untuk duduk bersila.

Posting tersebut secara tersirat menunjukkan bahawa tidak perlu untuk memberikan kerusi untuk diduduki wanita hamil ketika dalam perjalanan menggunakan pengangkutan awam.

Gambar tersebut menunjukkan seorang wanita hamil memakai tudung, yang membawa kepada hasutan dan penghinaan kaum daripada beberapa pemberi komen.

Seorang yang memberi komen di Facebook Ben Firdaus menulis: " Jom cari hannah ni...bunuh dia.

Selepas dimaklumkan mengenai petikan palsu itu pada Sabtu, Hanna segera menafikan dakwaan di Twitter dan Facebook.

Artikel Lain