suria

Selangor Belum Selesai Isu Ambil Alih Empat Syarikat Konsesi Air

PETALING JAYA: Walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim belum menyelesaikan rundingan berhubung penggambilalihan empat syarikat konsesi air di negeri itu pada penghujung tahun 2013, namun kerajaan negeri sedang berusaha untuk membuat satu perjanjian yang boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat dalam tempoh dua minggu lagi.

Risiko yang timbul adalah jumlah lebih besar daripada tawaran pengambilalihan RM9.65 bilion.

Kedudukan ekonomi masa depan Selangor bergantung kepada resolusi yang boleh memecahkan kebuntuan yang memasuki tahun keempat.

Puncak Niaga Holdings Bhd, yang merupakan pemegang konsesi air terbesar di negeri itu pada Selasa berkata, ia menerima surat daripada Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) bagi melanjutkan tempoh dua minggu kepada 15 Januari bagi membalas terhadap tuntutan harga yang lebih baik.

Satu lagi syarikat konsesi Kumpulan Perangsang Selangor Bhd berkata, ia akan menunggu Selangor untuk kembali kepada tuntutannya.

Kedua-dua syarikat, Puncak Niaga dan Kumpulan Peransang telah bersetuju secara dasarnya untuk menerima tawaran KDEB untuk mengambil alih aset air mereka.

Gamuda Bhd, merupakan pemegang konsesi lain yang terlibat dalam isu ini begitu lama berkata, ia tidak dapat membuat keputusan terhadap tawaran sebelumnya oleh KDEB sementara menunggu beberapa isu yang telah dibangkitkan pada 4 Disember lalu.

Tawaran bernilai 9.65 bilion itu dibentangkan oleh kerajaan negeri kepada syarikat konsesi pada 21 November lalu adalah hampir sama dengan yang telah ditolak sebelum ini.

KDEB perlu mengeluarkan bidaan yang lebih baik pada 15 Januari bagi mendapatkan sebarang peluang untuk memecah kebuntuan itu.

Seperti mana-mana perniagaan yang baik, Puncak Niaga, Kumpulan Perangsang dan Gamuda dengan pendirian masing-masing untuk mendapatkan peluang sebaiknya daripada aset mereka.

Kesemuanya merupakan syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham dan mereka perlu membuat keuntungan untuk para pemegang sahamnya.

Konsesi air secara jelas merupakan perniagaan yang sangat menguntungkan.

Puncak Niaga dalam satu kenyataan pada 4 Disember lalu menuntut bahawa syarikat itu akan diberi pampasan, antara lain disebabkan oleh kerugian dalam perniagaan.

Ia berpendapat bahawa kerajaan perlu mengambil kira mengenai kerugian pendapatan masa depan dalam tawarannya.

Timbul isu mengenai penialaian dan harga. Antara beberapa halangan utama dan isu-isu yang telah diperhalusi adalah pulangan 12% dan 15% ke atas ekuiti, bukan dikompaun atau dikompaun, penghutang, penyikiran dan termasuk lebihan nilai.

Terdapat kesan ekonomi yang lebih serius dna lebih besar untuk dipertimbangkan.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa 878 projek di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah tergendala atau ditangguhkan kerana bekalan air yang tidak mencukupi.

Puncak Niaga kini mengendalikan 29 loji rawatan air (LRA), Syarikat Pengeluar Air Selangor dengan tiga LRA, Konsortium Abbas dengan satu LRA dan satu lagi LRA dikendalikan oleh Konsortium Air Selangor Sdn Bhd.

Kesemua 34 LRA dikendalikan antara kapasiti maksimum dan penuh.

Menurut Puncka Niaga, kapasiti bekalan untuk kesemua LRA pada masa ini ialah 4,661 juta liter sehari (MLD) manakala kapasiti permintaan pula 4,691 MLD di mana terdapat kekurangan –0.64% pada rizab air.

Air yang dirawat dari kesemua LRA ini dibekalkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Golongan pakar berkata, keadaan bekalan air di Selangor tidak akan berada dalam sebarang keadaan buruk sekiranya rancangan untuk memproses air mentah dari Pahang di Loji Rawatan Langat 2 telah berubah kepada garis tempoh masa yang asal.

Projek antara negeri itu dilaporkan selesai lebih 80% tetapi kerja-kerja di Langat 2 sepatutnya siap pada 2014 belum pun bermula lagi kerana kebuntuan dalam sektor air.

Penggabungan industri air walaupun dirancang dengan tujuan yang baik menjadi tidak produktif berpunca daripada isu harga dan permainan politik.

Ia kini terpulang kepada kerajaan Selangor untuk melakukan usaha yang wajar dan berbincang dengan Pengurusan Aset Air Bhd bagi mengeluarkan tawaran yang sepatutnya lebih jelas dan munasabah kepada syarikat konsesi.

Artikel Lain