suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Terjatuh Dari Tingkat 3 Rumah Kedai

SANDAKAN: Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 3 sebuah rumah kedai di Grand View dekat sini, Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Ramanee Krishnan, 50, yang dilaporkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian kira-kira pukul 6 pagi, mangsa berada di rumah bersama anak lelakinya dan isteri serta dua cucu.

Katanya dalam laporan kepada polis, keluarga mangsa tidak mengetahui punca yang menyebabkan mangsa terjatuh dari beranda premis tersebut.

Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain