suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beberapa Jalan Ditutup Sempena Pelancaran TMM 2014

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan dan laluan ditutup sempena majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Merdeka mulai Khamis hingga 5 Januari ini (Ahad).

Menurut Polis Kuala Lumpur dalam kenyataannya, Jalan Raja (di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad) dan persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Raja (menghala ke Jalan Raja) akan ditutup selama empat hari mulai hari ini.

Tiga jalan di bandar raya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya pada 4 Januari, iaitu Jalan Leboh Pasar Besar (menghala ke Jalan Sultan Hishammuddin), Jalan Gereja dan Jalan Mahkamah Persekutuan (belakang Bangunan Sultan Abdul Samad).

Polis menasihati orang ramai supaya menggunakan jalan-jalan alternatif dan mengelak daripada menggunakan laluan yang terlibat dengan penutupan atau lencongan.

Para pengguna juga diminta menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke Dataran Merdeka dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan pihak polis yang bertugas.

Orang ramai yang tiada urusan penting di pusat bandar dinasihatkan supaya tidak menuju ke lokasi terbabit bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari-hari berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain