suria

Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.
Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.
Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.

PETALING JAYA: Seorang pegawai bank mati di tempat kejadian setelah ditembak oleh seorang pengawal keselamatan yang berkerja di bank yang sama tempat beliau berkerja, di Subang Jaya.

Mangsa, Norazita Abu Talib, dikatakan telah ditembak di kepala oleh pegawal keselamatan yang bersenjata semasa membuka pintu bilik kebal.

Suspek menembak muka mangsa yang juga ibu kepada dua anak dengan menggunakan pumpgun sebelum memaksa rakan sekerja mangsa memasukkan wang tunai ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.

Suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata ketika kejadian terdapat lima orang pekerja dalam bank termasuk suspek.

Beliau berkata Noazita sudah bekerja 16 tahun di bank itu dan ketika kejadian mangsa sedang bertugas bersama empat lagi rakan sekerja wanita.

Menurut Abdul Rahim suspek sebenarnya bertugas di bank lain namun hari ini dia menggantikan pengawal keselamatan bank itu yang tidak datang bekerja.

Difahamkan suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza, 37, tidak mempunyai rekod jenayah dan pernah beberapa kali bertugas di bank itu, menggantikan pengawal keselamatan lain.

"Hasil siasatan mendapati kad pengenalan yang digunakan suspek tidak wujud dalam sistem. Polis akan menyiasat perkara ini dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya.

Abdul Rahim berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek melakukan jenayah tanpa memakai topeng muka dan melarikan diri menerusi pintu hadapan.

"Saya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati kerana suspek memiliki senjata api.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai suspek boleh tampil membantu siasatan," katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua mendedahkan suspek dikenali sebagai Ardi Hamza (770818-12-6721) berasal dari Tawau, Sabah.

Artikel Berikut

Artikel Lain