suria

Perairan Berhampiran Johor, Melaka Sarang Lanun Terkemuka Dunia

PETALING JAYA: Perairan Somalia pernah menjadi laluan laut yang paling berbahaya di dunia.

Namun gelaran itu kini berpindah ke lokasi yang lebih dekat apabila perairan berhampiran Jphor dam Melaka kini melepasi Somalia sebagai sarang lanun terkemuka, demikian menurut Biro Maritim Antarabangsa.

Laporan itu menyebut peningkatan aktiviti pelanunan di Indonesia iaitu Tanjung Priok, Dumai, Belawan, Taboneo dan Muara Jawa - kini ditandakan sebagai kawasan panas.

Walaupun Selat Melaka masih selamat untuk laluan perkapalan antarabangsa, badan itu bagaimanapun memberi amaran kepada pelaut untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila berulang-alik menghulurkan antara Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kebimbangan utama adalah peningkatan jumlah serangan di perairan Indonesia, iaitu perjalanan yang memakan masa antara 45 minit dan dua jam perjalanan melalui laut dari Melaka dan Johor.

Dengan jumlah pulau kecil yang banyak dan muara sungai yang diliputi hutan bakau, kawasan pantai Indonesia adalah sesuai untuk lanun menyembunyikan dan mengelak daripada tangkap.

Kumpulan lanun yang beroperasi di perairan Indonesia menggunakan senjata api, pisau dan parang.

Daripada 138 insiden lanun dicatatkan di seluruh dunia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, 48 adalah di Indonesia, lapor IMB.

Walaupun sindiket pelanunan global mencatatkan penurunan dengan ketara, iaitu turun daripada 439 kes pada tahun 2011, trend di Indonesia bagaimanapun menunjukkan peningkatan.

Menurut IMB, kes rompakan di Selat Melaka dilaporkan menurun berikutan rondaan agresif oleh negara-negara pesisir.

Ketua Unit Laporan IMB, Noel Choong berkata penguatkuasaan pemantauan aktiviti laut di Indonesia oleh agensi penguatkuasaan berjaya menghalang kes berkenaan daripada merebak.

Beliau berkata pihaknya memaklumkan kepada agensi yang bertanggungjawab di Indonesia supaya mengambil tindakan agar krisis ini tidak merebak.

"Walaupun kes yang dilaporkan adalah kecurian kecil, namun ia membahayakan pelaut, " katanya.

Artikel Lain