Abdul Rahim menunjukan senarai nama Pertubuhan Kongsi Gelap pada sidang media mengenai Pewartaan Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap di Malaysia di Putrajaya. - FotoBERNAMAPUTRAJAYA: Kira-kira 40,313 individu dikenal pasti sebagai ahli kumpulan 49 pertubuhan haram yang terdiri daripada kumpulan kongsi gelap.Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata antara aktviti utama kebanyakan pertubuhan itu (walaupun bukan semua) ialah pengedaran dadah, peras ugut dan membunuh menggunakan senjata api serta menimbulkan huru hara di tempat awam. "Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri pada Khamis.Beliau berkata beberapa kumpulan kongsi gelap itu bergerak aktif di beberapa negeri seperti Geng 04 yang dikenal pasti aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur."Geng 08 pula bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Double 7, bergerak aktif di seluruh Semenanjung."Tiga Line dilihat bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak. Geng 30 pula bergerak aktif di seluruh Semenanjung," katanya.Selain itu, Abdul Rahim berkata Geng 38 juga didapati bergiat aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.Jelasnya, 49 kumpulan tersebut telah diumumkan sebagai pertubuhan haram di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan, 1966, berkuatkuasa pada Selasa (28 Ogos).Justeru, beliau berkata dengan pengisytiharan berkenaan tiada individu boleh menggunakan kembali nama berkenaan sebagai sebuah pertubuhan.Antara tindakan lain yang boleh diambil di bawah akta yang telah digazetkan itu adalah semua aset ya ng dimiliki oleh kumpulan kongi gelap berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi."Tidak ada seorang pun individu boleh memegang jawatan dan menjalankan apa aktiviti mahupun mesyuarat dalam bangunan atau bertindak sebagai ahli kumpulan kongsi gelap berkenaan."Sekiranya mereka didapati menggunakan nama atau simbol kumpulan berkenaan digunakan pada premis perniagaan tersebut boleh disita," katanya.Bukan itu sahaja Abdul Rahim berkata sekiranya individu yang ditahan dikenal pasti sebagai anggota 49 pertubuhan haram itu mereka akan disiasat dan didakwa di mahkamah.Berikut adalah senarai nama 49 pertubuhan haram yang diumumkan oleh Abdul Rahim:1. Geng 042. Geng 083. Double 74. Tiga Line5. Geng 306. Geng 387. Geng 248. Geng 189. Geng 3610. Geng 2111. Ang Soon Thong12. Wah Kee13. Sio Sam Ong14. PNEH15. Hong Hong San16. Hai San17. Sin Ang Bin18. New Cell 2019. Jit It Hai20. Sio Koon Tong21. Gee Lam Kor22. Gee Ah Eng23. Loh Kuan24. Tiang Yee Tong25. Geng Leng Hor26. Geng 3527. Geng 30328. Geng Satu Hati29. ATAP30. Hung Ann31. Sui Yuk32. Otai33. Borneo Red EMP34. Ah Ngau35. Batu Tiga36. Ah Feng37. Batu 1038. Sibu Ti39. Ah Seng40. Ah Chin41. Lee Lung42. Lo Han43. Sg Merah44. Sg Badut45. Ting Ching Lee46. Tua Cak Lee47. Teksi Station48. Pintu Merah49. Krokop