suria

Anwar Gesa PDRM Tingkatkan Kawalan Keselamatan Terhadap Sanjeevan

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan kesalamatan di hospital yang menempatkan Pengerusi Mywatch, R. Sri Sanjeevan yang parah ditembak dalam kejadian Sabtu lalu.

Anwar tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan tersebut mempunyai kaitan langsung dengan hasrat Sanjeevan membuat pendedahan mengenai penglibatan anggota polis dengan sindiket dadah dan kegiatan haram di negara ini.

"Kita menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota PDRM dengan sindiket penyeludupan dadah ini disiasat hingga ke peringkat akar umbi dan mereka yang didapati bersalah dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Isnin.

Beliau berkata PKR memandang serius kekerapan kes bunuh secara tembakan ala mafia lewat kebelakangan ini.

"PKR menyambut baik tindakan pantas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kes ini.

"Saya kesal apabila kawalan keselamatan di hospital di mana Sanjeevan dirawat terlalu longgar. Justeru, kita mohon agar PDRM meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Sanjeevan di hospital juga ditingkatkan," katanya.

Artikel Lain