suria

Azizah Mahu Penglibatan Wanita Dalam Arena Politik Dipertingkat

Azizah Mohd Dun.
Azizah Mohd Dun.
Azizah Mohd Dun.

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun mahu penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan di semua peringkat parti mahupun kerajaan ditambah.

Beliau berkata, matlamat melibatkan 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan masih belum tercapai.

"Adat dan budaya timur yang diamal sejak dahulu dalam membuat keputusan terdiri daripada kaum lelaki telah menjadi tradisi, dan ini mengurangkan imej wanita untuk mempamer kebolehan mereka," katanya kepada pemberita pada perasmian persidangan pemilihan tahunan cawangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Beaufort di sini.

Azizah berkata, sudah tiba masanya wanita memainkan peranan bukan hanya di peringkat jentera parti malah sebagai pemimpin yang terlibat membuat keputusan.

Sebagai permulaan, beliau menyaran agar bilangan kerusi ditambah di semua peringkat bagi mengelak perebutan dengan kaum lelaki.

"Tetapi ini tidak bermakna wanita ingin terlibat sama dalam semua pembuatan keputusan, memadai dalam beberapa bahagian," katanya sambil meminta Wanita Umno terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain